Page 42 - deunite_report
P. 42

AHLI KUMPULAN:
                  NORAISYAH MOHD RAMLI
                  FATIN AMIRA BT SYAFIKA AMIL
                  MOHD SYAHIR AQIL BIN MOHD SABRI
                  MOHD FAIZ FATIHAH BIN AZLAM

                  PENASIHAT:
                  DR ISHAM SHAH HASSAN


                  ABSTRAK
                  Malaysia  kaya  dengan  pelbagai  agama,  kaum  dan  budaya.  Kajian
                  yang  telah  dijalankan  ialah  untuk  melihat  tahap  keperhatinan,
                  patriotisma  dan  kejujuran  dalam  masyarakat  Malaysia  yang
                  mempunyai  pelbagai  bangsa.  Lokasi  yang  dipilih  juga  iaitu
                  bandaraya  Seremban  yang  memiliki  pelbagai  bangsa  utama  di
                  Malaysia seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Kajian ini juga akan
                  memupuk keperhatinan dan sifat cintakan negara kepada sesiapa
                  yang  melihatnya.  Kajian  penyelidikan  yang  telah  digunakan  bagi
                  memperolehi  maklumat kajian  ini  melalui  beberapa  sumber iaitu
                  sumber  pertama  diperolehi  melalui  pertanyaan  soalan  rawak
                  kepada  orang  awam  manakala  sumber  kedua  diperolehi  dengan
                  melakonkan situasi tertentu. Terdapat juga sumber ketiga iaitu yang
                  diperolehi melalui dengan melihat gerak laku masyarakat Malaysia.
                  Masalah  yang  dihadapati  semasa  menjalankan  kajian  ini  ialah
                  kekurangan  masyarakat  Malaysia  yang  mesra  untuk  menjawab
                  soalan  berkenaan  patrotisma,  ini  menyebabkan  kesulitan  untuk
                  mencari data berkenaan kepetriotisma dalam kalangan masyarakat.
                  Kekurangan kesedaran tentang toleransi juga menjadi satu masalah
                  yang  dihadapati  semasa  melakukan  kajian  ketiga,  ini  dapat
                  mempengaruhi data yang diperolehi. Hasil yang diperolehi daripada
                  kajian ini ialah dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang tahap
                  keperhatinan  dan  kesedaran  masyarakat  Malaysia  berkenaan
                  semangat  cintakan  negara,  maklumat  yang  diperolehi  dapat
                  membantu  membuat  satu  hipotesis  atau  kesimpulan  berkenaan
                  masyarakat tempatan.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47