Page 45 - deunite_report
P. 45

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR

               Maksud kejujuran merupakan suatu kata yang sederhana, dan memiliki erti yang sederhana iaitu
            mengakui  berkata  atau  memberikan  sesuatu  penyataan  yang  sesuai  dan  aman  penting  untuk
            membentuk nergara yang harmoni dan keperhatian sangat diperlukan oleh setiap orang di negara kita
            disebabkan nilai keprihatinan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.  Objektif kajian yang
            terakhir adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara pelajar dan pensyarah. Antara aktiviti
            yang telah kami lakukan ialah memasang lagu Negaraku dan melihat reaksi pelajar dan pensyarah.

            5. Kepentingan Kajian

               Kepentingan  kajian  yang  dijalankan  ini  adalah  dapat  mengetahui  tahap  keprihatinan,  semangat
            patriotisma  dan  sifat  kejujuran  dalam  kalangan  masyarakat  Malaysia.  Kajian  ini  dilakukan  ke  atas
            semua lapisan masyarakat tidak spesifik kepada bangsa dan umur tertentu. Dapatan kajian ini juga
            tidak menjatuhkan mana-mana kaum.

            6. Kajian Awal

            6.1 Lagu Kebangsaan

            Lagu Negaraku berasal daripada adaptasi lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’, sebuah lagu yang diangkat
            menjadi lagu rasmi negeri Perak pada tahun 1888 dan dikatakan berasal dari Pulau Mahé di Kepulauan
            Seychelles yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda Sultan tamat tempoh hukuman
            dibuang negeri kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di
            Pasir Salak.

            Lagu  ciptaan  penggubah  Perancis,  Pierre  Jean  de  Beranger  (1780-1857)  ini,  kemudiannya  telah
            diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi
            Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 5 Ogos 1957, lagu ini telah dipilih sebagai lagu kebangsaan dan seni
            katanya bertajuk Negaraku telah ditulis oleh Saiful Bahri. Lagu Negaraku dimainkan buat pertama kali
            pada pagi 31 Ogos 1957 selepas YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rentak lagu Negaraku’ telah
            mengalami  sedikit  perubahan  rentak  kepada  rentak  yang  lebih  rancak  oleh  Tun  Dr  Mahathir  Bin
            Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4. baharu ini pertama kali dimainkan
            pada waktu tengah malam sambutan Ambang Merdeka, 31 Ogos 2003.

            6.2 Undang -Undang

            Terdapat  sebuah  undang–undang  yang  digubal  untuk  menjaga  kehormatan  lagu  Negaraku  iaitu
            Undang- Undang Malaysia Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 808). Akta berkenaan dicipta pada 1968
            dan digubalkan buat kali terakhir pada tahun 2018.

                6.1.1  Menyanyi lagu kebangsaan

            Pada  semua  peristiwa  apabila  Lagu  Kebangsaan  dinyanyikan  versi  penuh  atau  Diraja  hendakalah
            seseorang individu berkenaan melafaskannya.

                6.1.2  Tanda hormat

            (1)  Bilamana  versi  penuh  Lagu  Kebangsaan  dimainkan  atau  dinyanyikan,  semua  orang  yang  hadir
            hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat.


            40 | D e ’ U n i t e
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50