Page 47 - deunite_report
P. 47
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
7.2 Temu Bual
Kami melakukan temu bual kepada beberapa orang pelajar diploma dan pensyarah, sebelum kami
membuat temu bual, kami berbincang apakah soalan terbaik untuk ditanyakan kepada pelajar dan
pensyarah. Antara rujukan kami ialah Youtube dan media massa. Kami juga berbincang untuk
bertanyakan soalan kepada individu secara rawak. Antara soalan yang diberikan adalah berdasarkan
sifat patriotisma dan kemerdekaan. Ini kerana nilai patriotisme harusnya menjadi sebahagian daripada
nilai murni yang sebati dalam jiwa, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, hal ini akan
dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Disebabkan itu, adalah wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai
amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia. Kajian ini untuk
melihat sejauhmana kefahaman masyarakat berkenaan kemerdekaan.
Rajah 7.5 : Temu bual kepada Rajah 7.6 : Temubual kepada
beberapa orang pensyarah pelajar diploma
7.3 Memain Lagu
Kami telah menyediakan satu lagu Negaraku untuk dipasangkan dan kami memasang sebuah pembesar
suara di tempat yang tersorok dan memasangkan lagu Negaraku. Kajian ini dapat mengukur sejauh
manakah tahap patriotisme rakyat Malaysia dengan memerhatikan sikap mereka terhadap lagu
kebangsaan. Hal ini kerana sejak di bangku sekolah kita didedahkan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai
rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita haruslah menghargai dan memelihara Lagu Kebangsaan.
Kita seharusnya menghormati Lagu Negaraku ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan berkumandang.
Semasa Lagu Negaraku berkumandang rakyat Malaysia haruslah berdiri tegak dan menyanyikan Lagu
Kebangsaan dengan penuh semangat. Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, majoriti rakyat Malaysia
berdiri seperti rumpai dalam akuarium, meliuk-liuk kiri dan kanan dan ada yang juga berbual-bual
dengan rakan-rakan mereka. Kajian ini dilakukan dipelbagai lokasi seperti di Kantin Politeknik Port
Dickson dan Seremban Gateway. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat sifat menghormati lagu
Negaraku dalam kalangan masyarakat.
Rajah 7.7 : Pensyarah berdiri Rajah 7.8 : Orang awam berhenti
42 | D e ’ U n i t e menghormati berjalan menghormati lagu negaraku
lagu Negaraku