Page 49 - deunite_report
P. 49
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
9. Keputusan kajian
9.1 Patriotisma
Kami mendapati kebanyakan rakyat Malaysia menghormati lagu Negaraku tidak mengira kaum
Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain lagi. Hanya segelintir rakyat Malaysia yang tidak peka
dengan lagu Negaraku. Hasil kajian ini mendapat keputusan dan sambutan yang baik. Antara sebabnya
ialah ini kerana sikap menghormati negara sudah diajar sejak di bangku sekolah lagi melalui mata
pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Kita diajar menghormati jalur Gemilang dan berdiri
tegak ketika lagu Negaraku berkumandang. Apa yang kita pelajari dan diajar telah sebati di dalam jiwa
sehingga terbawa-bawa semangat itu walaupun selepas meninggalkan alam persekolahan.
9.2 Kejujuran
Kami telah membuat beberapa kajian untuk melihat kejujuran rakyat Malaysia dengan menjatuhkan
dompet. Antaranya ialah terdapat individu yang jujur dan peka walaupun khusyuk menggunakan
telefon pintar ketika kami melakukan kajian. Responden masih peka dengan keadaan sekeliling dengan
menegur crew kami bagi memulangkan dompet yang tercicir. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia
tidak sombong dan tidak mementingkan diri sendiri walaupun diri mereka sibuk dengan kerja. Selain
itu, antara situasi lain di dalam kajian ini ialah kami sengaja meninggalkan dompet di tepi salah seorang
invidu berbangsa India.Walaupun khusyuk menggunakan telefon pintar sambil memasang ‘earphone’,
individu ini masih lagi peka dengan keadaan sekelilingnya dan masih mengingati salah seorang
daripada crew kami.
Ini membuktikan bahawa mereka akan jujur walaupun mereka bersendirian malahan mereka tidak
bertindak untuk membuka dompet itu. Hal ini membuktikan bahawa mereka tiada niat untuk mencuri
duit yang ada dalam dompet itu. Kajian lain ialah terdapat individu yang masih jujur dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Individu tersebut tidak mengambil dompet tersebut malah meninggalkan
kepada individu lain yang duduk di situ agar pemilik dompet boleh pulang kembali ke situ untuk
mencari dompet dan mengambilnya kembali. Ini dapat dihuraikan bahawa masih ramai rakyat
Malaysia yang mempunyai sifat kejujuran dalam diri mereka dan kami dapat mengenal pasti bahawa
kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai pendidikan yang mencukupi sejak daripada sekolah dan
didikan yang bagus daripada keluarga sejak kecil lagi.
9.3 Tanggungjawab
Hasil kajian sifat tanggungjawab dilakukan di McDonald’s Seremban untuk melihat budaya rakyat
Malaysia. Kami mendapati budaya mengemas meja dan membuang sisa makanan selepas makan masih
belum sinonim dalam masyarakat di Malaysia .Ini kerana sikap rakyat Malaysia yang lebih
mementingkan diri sendiri dan kurang ‘common sense’ masih menebal dalam diri. Perkara ini
disebabkan kerana terdapat sesetengah ahli masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mereka
hanya mahu mencari jalan singkat untuk hidup senang, tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Keadaan ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat moden hari ini yang susah untuk
bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja atau sesuatu perbuatan. Walaubagaimanapun,
masih terdapat sekumpulan masyarakat yang prihatin dan mempunyai ‘common sense’ dengan
membuang sisa makanan ke dalam tempat yang disediakan. Sikap ini kita perlukan untuk mendapat
sebuah negara yang maju dan sikap tanggungjawab ini dapat diterapkan oleh rakyat Malaysia.
44 | D e ’ U n i t e