Page 48 - deunite_report
P. 48

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR

            7.4  Pemerhatian

               Melalui  pemerhatian  juga  merupakan  salah  satu  cara  untuk  mendapatkan  dapatan  kajian  yang
            dilakukan. Sebelum kami melakukan permerhatian, kami memeriksa dan mencari siapakah sasaran
            kami  untuk  membuat  kajian.  Kajian  ini  dilakukan  sepanjang  berada  di  McDonald’s  Seremban  2.
            Berdasarkan pemerhatian ini kami dapat melihat daripada segi aspek tanggungjawab.

               Oleh itu, tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk
            memikul  dan  melaksanakan  tugas  serta  kewajiban  dengan  sempurna  terhadap  diri  sendiri.  Setiap
            individu di negara kita atau di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab
            terhadap  diri  sendiri,  keluarga,  masyarakat,  negara  dan  yang  paling  penting  sekali,tanggungjawab
            terhadap agama. Oleh itu, permerhatian diambil berdasarkan kepatuhan masyarakat Malaysia untuk
            menyipan dan mengemas meja mereka selepas mengunakannya.

            8. Masalah Semasa Kajian

               Semasa melakukan kajian ini kami mendapati beberapa masalah yang telah terjadi. Antara beberapa
            permasalahan yang menganggu hasil kajian semasa kami melakukan kerja ialah semasa melakukan
            kajian  terdapat  beberapa  induvidu  yang  tidak  memberikan  kerjassama  semasa  kajian  dijalakukan
            antaranya  ialah  semasa  kami  temu  bual  untuk  bertanyakan  soalan  mereka  tidak  pedulikan  akan
            kehadiran  kami  dan  tidak  memberikan  kerjasama  yang  sepenuhnya  seperti  mereka  lebih
            mementingkan  kerja  mereka.    Selain  itu,  antara  permasalahan  yang  timbul  ialah  ada  sesetengah
            individu  tidak  membenarkan  kami  untuk  merakam  imej  beliau  atas  dasar  kami  telah  menggangu
            privasi. Disebabkan ini aktiviti yang kami lakukan banyak tidak mendapat bukti untuk dimasukkan ke
            dalam report dan ini akan sedikit menggangu keputusan kajian yang memerlukan gambar. Ini kerana
            setiap gambar memainkan peranan penting dalam melakukan sesuatu proses sesuatu kerja. Kami juga
            tidak dapat merakam video walaupun sekejap kerana mereka menganggap kami melakukan sesuatu
            yang ingin memalukan diri mereka.

               Antara perkara lain yang menggangu semasa kami melakukan kajian ialah masyarakat yang kurang
            mengambil berat tentang pembersihan meja selepas makan di restoran. Kami mengambil berat hal ini
            kerana mereka tidak hanya meninggalkan sisa makanan malahan mereka mengotorkan tempat makan
            mereka.  Perkara  ini  berlaku  kerana  mereka  berfikiran  bahawa  mengemaskan  meja  adalah
            tanggungjawab pekerja di restoran. Masalah ini berlaku melibatkan pelbagai bangsa dan tidak mengira
            jantina.

               Pernyataan  kajian  yang  terakhir  ialah  kami  kekurangan  data  semasa  melakukan  projek  3,  ini
            disebabkan  oleh  kekurangan  kesedaran  masyarakat  Malaysia  tentang  membuang  sisa  makanan
            selepas makan. Hal ini kerana majoriti pelanggan di restoran tidak mengemaskan meja dan membuang
            sisa  makanan  mereka  di  tempat  yang  telah  disediakan.  Kami  juga  perlu  berhati-hati  semasa
            mendapatkan data dan rakaman pelanggan agar tidak diketahui.








            43 | D e ’ U n i t e
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53