Page 44 - deunite_report
P. 44

DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR

            3. Penyataan Masalah

               Dalam negara Malaysia yang mempunyai kepelbagian kaum ini, isu-isu dalam hubungan etnik di
            Malaysia  telah  banyak  berubah.  Kontroversi  antara  kaum  di  Malaysia  boleh  dibahagikan  kepada
            beberapa fasa iaitu bermula pada awal tahun 1950-an, konflik kewarganegaraan dan kontrak sosial
            mendominasi hubungan di antara kaum, diikuti juga dengan isu bahasa pada tahun 1960-an sebelum
            berlakunya  Dasar  Ekonomi  Baru  (DEB),  manakala  kuota  dan  urbanisasi  yang  juga  mempengaruhi
            hubungan etnik pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun  1990-an pula, isu agama juga begitu
            kuat dibahaskan untuk menegangkan lagi  hubungan etnik di negara ini.

               Jika dilihat daripada analisa yang dibuat oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, JPNIN
            pada  tahun  2014,  pula  mendapati  terdapat  sebanyak  3634  kes  demonstrasi/protes  dan  2,342  isu
            sensitiviti kaum yang dilaporkan dan bagi tempoh 2008 hingga tahun 2013 . Data analisa berkenaan
            juga menunjukkan bahawa negara mengalami situasi politik yang keterlaluan dan dimanifestasikan
            melalui  demonstrasi  dan  politik.  Isu  yang  dipolitikkan  dan  dilaporkan  adalah  kenaikan  harga,  ISA,
            hindraf, agama, babi dan tanah adat. Pada peringkat komuniti pula perkara yang dilaporkan adalah
            yang berkaitan dengan kepentingan awam seperti kenaikan harga, agama, jenayah, babi, pekerja asing,
            parkir dan mat rempit. Secara keseluruhan daripada laporan analisa ini menunjukkan keharmonian
            masyarakat Malaysia pada tahun 2009 adalah baik jika dibandingkan dengan 2008. Walaupun didapati
            demonstrasi / protes telah meningkat tetapi bilangan orang yang terlibat adalah kecil dan dilakukan
            dengan aman.

            4. Objektif Kajian

               Setiap kajian yang lakukan haruslah mempunyai tujuan dan objektif yang spesifik. Disebabkan itu
            ada  beberapa  sebab  kenapa  objektif  ini  dilakukan.  Objektif  ini  setelah  kami  bincangkan  setelah
            melakukan  beberapa  kajian  tentang  permasalahan  yang  berlaku  di  negara  kita  ini  dan  kami
            menggunakan kajian yang terdekat dengan objektif kami. Ada beberapa objektif yang harus dicapai
            oleh kajian ini.

               Objektif kajian yang pertama adalah untuk melihat tanggungjawab dan sikap patriotisma di antara
            masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Disebabkan itu satu tanggungjawab adalah sesuatu yang
            sangat berat untuk dilakukan kerana apabila rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab maka kita
            dapat mewujudkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat sekeliling termasuklah kepada rakyat
            berbilang kaum di negara kita ini.  Selain itu, objektif kajian kami adalah untuk melihat kewajipan
            masyarakat  untuk  mengekalkan  keamanan  dan  keharmonian.  Ini  kerana  Malaysia  mempunyai
            masyarakat berbilang agama dan berbilanng kaum yang asasnya hidup secara aman dan harmoni.
            Keamanan  dan  keharmonian  ini  satu  keunikan  yang  sepatutnya  menjadi  kebanggaan  negara  kita.
            Disebabkan oleh keamanan dan kerharmonian ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering
            dicontohi masyarakat antarabangsa.  Antara objektif kajian yang lain adalah supaya dapat memupuk
            rakyat Malaysia supaya lebih bertoleransi dan tidak memikirkan hal sendiri. Hal ini kerana di dalam
            kehidupan harian, kita tentunya saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu, “Disebabkan tidak
            memikirkan hal sendiri dan lebih bertoleransi dapat memelihara dan melindungi masyarakat kita yang
            berbilang kaum. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan Malaysia berjaya membangun dengan pesat hasil
            sikap  tolenransi  pelbagai  kaum  yang  terdapat  di  negara  ini”,  kata  Tun  Dr  Mahathir  Mohamad.
            Disamping itu, objektif kajian adalah dapat membuat kajian berkenaan kejujuran dan keperhatinan
            rakyat Malaysia dalam sesuatu situasi.



            39 | D e ’ U n i t e
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49