Page 50 - deunite_report
P. 50
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
10. Cadangan
Setiap kajian memerlukan cadangan yang tersendiri. Antara cadangan untuk kajian ini ialah pihak
sekolah hendaklah memupuk kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menghormati lagu
kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia, sejak di bangku sekolah kita didedahkan dengan nyanyian lagu
Negaraku. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita haruslah menghargai dan memelihara
Lagu Kebangsaan. Kita seharusnya menghormati Lagu Negaraku dan menyanyikannya ketika Lagu
Kebangsaan berkumandang. Semasa lagu Negaraku berkumandang, rakyat Malaysia haruslah berdiri
tegak dan menyanyikan Lagu Kebangsaan dengan penuh semangat
Sifat kejujuran datangnya dari keluarga itu sendiri. Cadangannya ialah supaya ibubapa
menunjukkan sikap yang baik kepada anak- anaknya bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini sering dikaitkan dengan didikan awal anak-anak yang seharusnya di mulakan di awal
usia lagi. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak membesar menjadi insan berguna yang bukan
sahaja bijak dari segi akademik tetapi juga dari aspek tingkah laku dan adab-adab yang baik.
Sebenarnya, anak-anak bukan sahaja belajar sesuatu ilmu yang baru di sekolah tetapi juga dirumah
bersama ibu bapa dan keluarga. Mereka juga belajar melalui pemerhatian terhadap sikap, sifat dan
tingkah laku ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik
untuk dijadikan panduan dan ikutan anak-anak.
11. Rumusan
Kajian ini telah mengemukakan jawapan kepada persoalan kajian yang berkaitan tentang Kajian
Sosial: Keprihatinan, Patriotisma & Kejujuran Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia. Ringkasan
dapatan kajian dikemukakan dan perbincangan dapatan telah dilakukan untuk menjelaskan lagi
persoalan dalam kajian tentang kejujuran, tanggungjwab dan patriotisma. Disebabkan itu jelaslah
bahawa betapa penting dan besarnya peranan rakyat Malaysia dan masyarakat setempat dalam
menentukan kesejahteraan sesebuah negara. Hal ini dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang
makmur dan sejahtera. Disamping itu , kami telah mendapat banyak ilmu baru daripada kajian yang
telah kami lakukan seperti kita seharusnya sentiasa mengamalkan sikap jujur dalam diri. Kedua, sikap
tanggugjawab yang perlu diterapkan dalam diri seseorang supaya kita dan satu rakyat Malaysia dapat
mengamalkan sikap tanggungjawab dan dapat diterapkan di setiap tempat. Akhir sekali, sikap
patriotisma dalam diri setiap rakyat Malaysia haruslah kuat supaya semangat cinta akan tanah air dan
sanggup menaikkan nama Malaysia dipersada dunia sebati dalam jiwa kita. Hal ini agar Malaysia duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Rujukan
Chamil Wariya (2007), Malaysia: 50 Fakta Asas Kenegaraan. Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sdn.
Bhd.
Mansor Mohd Noor. (2001). Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan Negara di Insititusi
Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang : Pusat Penyelidikan Dasar,Universiti Sains Malaysia. (tidak
diterbitkan)
Mohsin Bin Peraman @ Parman. (1991). Masalah Hubungan Etnik Di Kalangan Mahasiswa Universiti
Di Malaysia. Bangi : Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Khoo Kay Kim (1979), Semenanjung Tanah Melayu: Suatu kajian politik 1900-1941. Dlm. Zainal Abidin
Abdul Wahid. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi, Selangor: Institut
Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
45 | D e ’ U n i t e