Page 16 - pelanstrategik20182021
P. 16

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN
                                                                             9TH FIRA MALAYSIA CUP 2016

                                                                           Pertandingan  9th  Federation  of  International  Robot  Soccer  Association  (  FIRA  )
                                                                           Malaysia Cup 2016 telah berlangsung pada 29 Mei hingga 3 Jun 2016 bertempat di
                                                                           POLISAS, Kuantan, Pahang. 92 buah pasukan daripada 3 buah universiti, 20 buah
                                                                           politeknik  serta  24  buah  seko  lah  menengah  daripada  seluruh  Malaysia  telah
                                                                           menyertai  kejohanan  pada  kali  ini.  Beberapa  pasukan  terbaik  akan  dipilih  untuk
                                                                           mewakili Malaysia ke 21th FIRA RoboWorld Cup & Congress di Beijing kelak. Pada
                                                                           kali  ini,  Pasukan  Robotics  Interest  Group  (RIG)  telah  menggalas  tanggungjawab
                                                                           penyertaan PPD dalam kategori Hurocup, Mybot, Robosot dan Androsot. Tahniah
                                                                           dan  syabas  kepada  pasukan  RIG  PPD  yang  telah  berjaya  menjuarai  kejohanan
                                                                           tersebut  sebanyak  tiga  tahun  berturut-turut  dengan  memenagi  LIMA  (5)  pingat
                                                                           emas, EMPAT (4) pingat perak dan TIGA(3) pingat gangsa dalam kategori Hurocup,
                                                                           Robosot  dan  Androsot  yang  disertai.  Penyertaan  pasukan  RIG  PPD  dalam
                                                                           kejohanan  kebangsaan  ini  merupakan  satu  usaha  yang  memberi  impak  kepada
                                                                           perkembangan teknologi robotik Negara. Melalui kejayaan ini, PPD telah dikenali
                                                                           oleh  masyarakat  luar  di  mana  ia  membuktikan  bahawa  politeknik  mempunyai
                                                                           tenaga kerja yang berpotensi besar untuk menghasilkan generasi yang kreatif dan
                                                                           berinovatif  di  samping  mempromosikan  politeknik  ke  arah  hub  robotik  kelas
                                                                           pertama. Semoga usaha dan komitmen ini akan terus memberikan kejay aan demi
                                                                           kejayaan kepada PPD di masa akan datang















                                                                                                    Membudayakan Kecemerlangan                         11
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21