Page 19 - pelanstrategik20182021
P. 19

PROGRAM RESPEX 2016

                                                                           RESPEX      2016    adalah    merupakan     satu   program     yang
                                                                           mempertandingkan  produk  pelajar  Politeknik  Port  Dickson  dan
                                                                           produk  pelajar  dari  konsortium  IPT  Medan  yang  dikenali  sebagai
                                                                           MANUSEA.  Ini  adalah  projek  produk  pelajar  yang  julung  kali  di
                                                                           adalan  melibatkan  Malaysia  dan  Indoenesia.  Sebanyak  94  projek
                                                                           telah  dapat  dihimpunkan  melibatkan  325  orang  peserta.  Dari  94
                                                                           projek  yang  teladipertandingkan  projek  dari  konsortium  Medan
                                                                           melibatkan 25 orang peserta. Konsortium Medan yang terlibat pada
                                                                           kali ini adalah dari Politeknik LP3I Medan, Universitas Prima Medan,
                                                                           AMIK  Intel  Global,  STIM  Sukma  Medan  dan  Universitas  Potensi
                                                                           Utama.  Produk  pelajar  dipecahkan  kepada  kategori  berikut  iaitu
                                                                           grafik  komput  er,  animasi  komputer,  multimedia,  reka  bentuk,  reka
                                                                           bentuk  seni  bina,  seni  bina  warisan,  kejuruteraan  awam,  elektrik,
                                                                           mekanikal dan pemasaran. Format pertandingan pada kali ini adalah
                                                                           markah  85  hingga  100  dianugerahkan  pingat  emas,  65  hingga  85
                                                                           dianugerahkan  pingat  perak  man  akala  markah  dari  50  hingga  65
                                                                           dianugerahkan  pingat  gangsa.  Satu  projek  terbaik  dari  94  projek
                                                                           dianugerahkan  dengan  anugerah  khas  pengarah  Politeknik  Port
                                                                           Dickson.  Seramai  16  orang  juri  telah  dipilih  untuk  mengadili
                                                                           pertandingan projek pada kali ini. Juri-juri yang dipilih adalah mereka
                                                                           yang pernah berkhidmat sebagai arkitek kanan, jurutera kanan, ahli
                                                                           akademik, usahawan dan profesor dari luar negara. Projek ini adalah
                                                                           kerjasama  COT  Politeknik  Port  Dickson,  Unit  Penyelidikan  dan
                                                                           Inovasi Politeknik Port Dickson serta Konsortium MANUSEA. Untuk
                                                                           menarik  minat  pelajar  sekolah  menengah  maka  satu  pertandingan
                                                                           AutoCAD  telah  diadakan  pada  6hb  Oktober  melibatkan  13  pelajar
                                                                           dari  lima  buah  sekolah.  Terdapat  dua  kategori  pertandingan  iaitu
                                                                           Usain Bolt AutoCAD dan Steve Job AutoCAD.






                                                                                                    Membudayakan Kecemerlangan                         13
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24