Page 23 - pelanstrategik20182021
P. 23
PROGRAM PENYELIDIKAN BERSAMA
UNIVERSITI ANSAN DAN POLIPD 2017
Satu program kolaborasi penyelidikan telah berlangsung di antara
pensyarah program seni bina Politeknik Port Dickson dengan
pensyarah fakulti seni bina Universiti Ansan . Fakulti Seni bina
Universiti Ansan adalah merupakan fakulti seni bina di Korea yang
mengendalikan program diploma seni bina. Program seni bina telah
bermula pada tahun 1973. Program telah berlangsung di Ansan,
Korea pada 09hb Januari hingga 21hb Januari 2017. Program
melibatkan 5 pensyarah seni bina yang terdiri dari Dr Isham Shah b
Hassan, Pn Nik Hasnira Nik Pa, En Reduan Mahat, Pn Ruslinda
Abdullah, Pn Siti Amiarah Mohtaram, Pn Isma Zaida dan Pn Nur
Hidayah Rosman beserta 15 pelajar program diploma seni bina.
Pensyarah dari JKE iaitu En Ong Seng Keong juga telah bersama
dalam program ini. Program ini melibatkan kerjasama antara sebuah
politeknik dengan IPT dari sebuah Negara maju seperti Korea.
Pensyarah yang dipilih untuk mengikuti program ini adalah
merupakan pensyarah yang banyak mengendalikan program lukisan
terukur dan lukisan digital di Politeknik Port Dickson. Program ini
melibatkan penyelidikan baru iaitu penggunan teknologi baru dalam
mengukur bangunan serta penggunan teknologi BIM dalam
mendokumentasikan bangunan yang telah diukur. Aktiviti utama
dalam program ini ialah penyelidikan dalam penggunaan drone untuk
mengukur bangunan serta pendokumentasian maklumat dengan
menggunakan teknologi BIM. Pelajar telah didedahkan dengan
penggunaan perisian Revit, ArchiCAD dan RECAP 360.
Membudayakan Kecemerlangan 15