Page 21 - pelanstrategik20182021
P. 21
PINGAT EMAS BAGI AUDIT APACC 2016
Bagi meletakkan institusi TVET unggul ke pentas global, PoliPD telah
menjalani audit akreditasi APACC bersama juruaudit dari Colombo
Plan Staff College (CPSC) Asia Pasifik yang diketuai oleh Dr
G.Kulanthaivel serta Prof Alto Rumolita. Turut hadir bagi
menyaksikan sesi audit adalah Ketua Pengarah CPSC yang baru
dilantik iaitu Dr Ramhari Lamichhane dari Nepal serta staf JPP dan
beberapa staf politeknik lain. JK APACC PoliPD telah diketuai
Pengarah; Tn Hj Mohd Kharir b Mohd Ibrahim; serta Tim. Pengarah
Akademik; Pn Yusma Yusof turut berada memberi maklumbalas
serta sokongan di sepanjang sesi audit. Selain dari menverfikasi
dokumen dan rekod, pihak auditor turut melawat institusi termasuk,
Intelligent Green House, rumah warisan Hjh Kundur, bengkel robot
serta kemudahan pelajar yang lain seperti perpustakaan, SiswaBiz
Mall, sukan, kamsis, klinik dan perwakilan pelajar. Terlebih dahulu,
PoliPD telah menghantar maklumat mengenai institusi, ana lisa
SWOT, laporan Self Study dan Annexes kepada pihak CPSC.
Besarlah harapan PoliPD telah dianugerahkan pingat emas dengan
markah 461 sejajarnya dengan slogannya Soaring Upwards with
Gold ++.
Membudayakan Kecemerlangan 14