Page 5 - pelanstrategik20182021
P. 5

SEKAPUR SIRIH


                           Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia


                           Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya buku Membudayakan Kecemerlangan Pelan Strategik
                           POLIPD 2018-2021 yang begitu bermakna ini berjaya disiapkan. Saya bagi pihak Pengurusan POLIPD juga ingin menzahirkan ucapan terima
                           kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memerah idea dan tenaga dalam menyediakan buku Membudayakan Kecemerlangan
                           pelan strategik POLIPD 2018-2021 ini. Saya juga sedia maklum bahawa edisi ini adalah merupakan penambahbaikan dan penjajaran kepada
                           penerbitan edisi pertama iaitu Kerangka Gemilang 2013-2016.

                           Buku Membudayakan Kecemerlangan 2018-2021 ini pastinya akan menjadi garis panduan kepada semua staf POLIPD dalam melaksanakan
                           dasar pembangunan Politeknik Port Dickson. Ia juga diharap dapat menjadi sumber rujukan semua pihak yang berkepentingan untuk me
                           ngembleng dan menfokuskan tenaga dan usaha secara bersama dan bersepadu melaksanakan pelan tindakan yang menyokong strategi
                           POLIPD demi pembangunan Negara. Saya berharap semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, industri, individu serta masyarakat
                           yang  mempunyai rangkaian hubungan dengan POLIPD dapat merangka bersama segala aktiviti yang kemudiannya dapat memberi impak
                           besar kepada Negara. Sehubungan itu, dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, mutu pendidikan menjadi agenda utama dalam
                           pembangunan Negara. POLIPD yang sentiasa relevan, unik dan berbeza telah diberi mandat oleh kerajaan untuk melahirkan modal insan
                           bertahap  global  dalam  pendidikan  TVET.  Saya  percaya  dengan  sasaran  yang ditetapkan  dalam  pelan  ini,  terutama  peranan  yang  akan
                           dimainkan  oleh  pihak  industri,  POLIPD  bukan  hanya  mampu  menghasilkan  modal  insan  berkualiti  dan  membentuk  masyarakat  kelas
                           pertama, malah menyumbang kepada penyemarakkan perkembangan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif dalam menyumbang kepada
                           pembangunan ekonomi dan kesejahteraan negara.
                           Akhir kata, tahniah sekali lagi diucapkan dan dari hati yang tulus dan ikhlas saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan s ekalung
                           penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan buku Membudayakan Kecemerlangan 2018-2021 ini. Semoga dengan
                           semangat  dan  kerjasama  yang  diberikan  ini  akan  memberikan  suntikan  motivasi  kepada  seluruh  warga  POLIPD  untuk  sama-sama
                           menyumbang kepada kelestarian pembangunan POLIPD.
                           Sekian.


                           ROSLEE BIN YAHYA
                           Pengarah
                           Politeknik Port Dickson

                                                                                                    Membudayakan Kecemerlangan                         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10