Page 9 - pelanstrategik20182021
P. 9
LATARBELAKANG
Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun
1990 dengan keluasan 100 ekar. Ia merupakan
politeknik ke enam dibina di bawah Bahagian
Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah
Rancangan Malaysia ke -7, Politeknik ini telah diberi
dana berjumlah RM55 juta untuk menaiktaraf
kemudahan dan bangunannya. Politeknik Port Dickson
telah dianugerahkan sijil MS ISO 9001: 2015 pada sesi
Disember 2016. Jabatan Pendidikan Politeknik telah
menetapkan 3 penanda aras yang perlu dicapai;
1. Politeknik Malaysia sebagai peneraju pendidikan dan
latihan teknik dan vokasional di peringkat serantau
2. 85% graduan politeknik mendapat pekerjaan
(termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam
bulan selepas menamatkan pengajian.
3. 50% lepasan SPM yang layak, memilih politeknik
sebagai institusi pilihan pertama untuk melanjutkan
pelajaran.
Politeknik Port Dickson telah merangka Konsep hala
Tuju Transformasi Politeknik agar dapat melestarikan
pembangunan modal ins an bagi membangunkan
sumber manusia negara melepasi tahun 2020.
Perancangan serta tindakan juga telah disusun bagi
mencapai hasrat dan matlamat menjadi Politeknik
tersohor di dalam Negara.
Membudayakan Kecemerlangan 7