Page 7 - pelanstrategik20182021
P. 7

SEULAS PINANG


                           Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia


                           Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT serta selawat dan salam ke atas
                           baginda junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Disamping itu kita panjatkan doa dan Al fatihah
                           kepada kedua orang tua kita yang masih hidup mahupun yang telah tiada atas jasa dan bakti kedua ibubapa kepada kita.
                           Bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dapat juga buku Membudayakan Kecemerlangan 2018-2021 diselesaikan. Buku
                           Membudayakan Kecemerlangan 2018-2021 ini merupakan penyempurnaan dari edisi sebelumnya, sebagai inspirasi dan bimbingan selaras
                           dengan Pelan Transformasi Politeknik. Makalah ini berhasil tersusun berkat kerjasama dalam kelompok yang sangat baik, serta mereka yang
                           terlibat secara langsung atau tidak dalam memberikan maklumat dalam menyusun buku Membudayakan Kecemerlangan 2018-2021.

                           Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan POLIPD di atas
                           panduan  dan  bantuan  yang  telah  diberikan  bagi  penghasilan  buku  ini.  Pihak  pengurusan  khusus  bagi  pihak  Pengarah  sendiri  sebag  ai
                           pemangkin untuk menaikkan semangat kami dalam menyediakan pelan strategik yang baik. Lantaran Kehadiran buku ini jelas menunjukkan
                           komitmen dari warga POLIPD bawa kita mempunyai keyakinan kuat untuk maju dalam menyusun langkah yang strategik selaras dengan
                           matlamat akhir Pelan Transformasi Politeknik. Walaubagaimanapun kita mengakui hakikat bahawa setiap kejayaan ini bergantung penuh
                           kepada pemikiran yang kreatif dan konstruktif dari warga POLIPD dalam merancang dan menjayakan pelan ini. Demi merealisasikan pelan
                           strategik ini, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT dengan setiap yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan
                           baik.


                           Mudahan Usaha Murni ini diterima oleh Allah SWT….Ameen

                           DR ISHAM SHAH HASSAN
                           Ketua Unit Dasar dan Hala Tuju
                           Politeknik Port Dickson







                                                                                                    Membudayakan Kecemerlangan                         6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12