Page 2 - MAJLIS AMANAH RAKYAT
P. 2

Gambar rajah 1 : Homeroom sebagai teras pendidikan di MRSM




               Oleh yang demikian, adalah diharapkan Homeroom memainkan peranan berikut :

               1.      Menjadi  teras  dan  pusat  kegiatan  seluruh  aktiviti  pembelajaran  dan
                       perkembangan pelajar.

               2.      Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan praktikal berasaskan
                       hubungan mesra.

               3.      Melengkapkan  diri  pelajar-pelajar  dengan  pelbagai  pengetahuan  dan
                       pengalaman.

               4.      Membentuk sikap dan sahsiah yang dinamis, berinisiatif, sanggup bekerja keras,
                       berani mencuba, tabah, bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan berrdikari.



               Guru dan Homeroom

               Adakah  guru  mempunyai  keinginan,  kemampuan,  kemahiran  dan  sokongan  untuk
               melaksanakan tugasnya sebagai penasihat Homeroom?


               (i)     Kesedaran Diri
                       Kesedaran  diri  bermaksud  mengenali  segala-segalanya  berkaitan  dengan  diri
                       kita sendiri. Ini bermakna mengenali bukan sahaja siapa saya [What I am] tetapi
                       juga mengenali kuasa saya sebagai yang boleh bertindak [yakni bahawa saya
                       berkebolehan  untuk  menukarkan  sesuatu  dan  juga  member  “impact”
                       kepada  orang  lain  dan  yang  boleh  dipengaruhi  seterusnya  akan  “react”
                       kepada rangsangan luar terutama sekali kepada orang lain].


               (ii)    Bukan Setakat Mengajar Di Kelas
                       Mengajar  dan  membimbing  pelajar.  Tugas  mengendalikan  Homeroom  adalah
                       tugas hakiki yang perlu diambil kira dalam SKT.


               (iii)   Konsep Kendiri
                       Konsep  Kendiri  seseorang  berkembang  dan  dipengaruhi  oleh  penilaian  dan
                       orang-orang tertentu dalam hidup seseorang itu dan oleh persepsinya terhadap
                       apa yang dialami.

                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7