Page 5 - MAJLIS AMANAH RAKYAT
P. 5
D. Kegiatan
i. Menggerakkan dan membimbing pelajar-pelajar merancang aktiviti atau
program Homeroom sepanjang tahun.
ii. Menentukan matlamat yang ingin dicapai melalui program-program yang
dilaksanakan dari segi intelektual, kemahiran dan sikap.
iii. Menjadi pakar rujuk atau perunding kepada pelajar dalam melaksanakan
aktiviti mereka.
iv. Menjadi penyelia dan pemerhati dalam pelaksanaan aktiviti mereka.
v. Menilai pelaksanaan aktiviti dan membincangkan dengan pelajar-pelajar
dengan menekankan aspek-aspek :
Pencapaian matlamat
Penglibatan individu
Nilai kerjasama
Sikap dan sahsiah
Nilai-nilai kepimpinan
Cara-cara menyelesaikan masalah
Kecenderungan kerjaya
vi. Guru penasihat mestilah berada bersama-sama pelajar-pelajar ketika
satu-satu aktiviti itu berjalan.
vii. Jika projek atau aktiviti itu dijalankan di luar kawasan maktab, guru
penasihat mestilah terlebih dahulu memastikan :
Kawasan yang dipilih sesuai dengan aktiviti yang hendak
dijalankan.
Langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan pelajar-
pelajar telah diambil dengan teliti.
Meneliti dan menandatangani semua surat menyurat.
Menghubungi pihak-pihak tertentu di luar maktab bagi pihak
pelajar-pelajar untuk mendapatkan kebenaran atau kemudahan-
kemudahan.
5