Page 3 - MAJLIS AMANAH RAKYAT
P. 3
Kakitangan sekolah mempunyai peranan utama dalam pembentukan konsep
kendiri. Pendidik boleh mempengaruhi dengan berkesan persepsi pelajar
terhadap dirinya.
(iv) EQ Guru
Faktor yang terpenting dalam perkembangan EQ pelajar di sekolah ialah tahap
pencapaian EQ guru. Oleh itu, langkah utama untuk mencapai EQ pelajar di
sekolah ialah menentukan tahap EQ guru. EQ guru banyak dipengaruhi oleh
cara guru menangani emosi mereka – terutama sekali emosi-emosi negatif. Guru
yang berkesan dan berjaya ialah guru yang mempunyai kemampuan menangani
emosi-emosi negatif mereka dengn cara ikhlas dan sihat.
(v) Pembimbing Berkesan
Memahami remaja.
Mengenal anak Homeroom
Memahami masalah peribadi remaja
Berfikiran positif
Memiliki kemahiran menolong (kemahiran melayan dan kemahiran
mendengar).
Peranan utama guru penasihat Homeroom terbahagi kepada tiga iaitu :
(i) Sebagai pengganti ibu bapa (surrogate parent)
(ii) Sebagai Kaunselor
(iii) Sebagai pengurus kebajikan pelajar
Tugas guru penasihat Homeroom
A. Umum
i. Menjaga kebajikan pelajar-pelajar khusus mengenai penginapan,
makanan, kesihatan dan keselesaan belajar.
ii. Memberikan khidmat nasihat dan perhatian yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar bermasalah.
3