Page 10 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 10
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Kenal pasti kesalahan penggunaan adjektif dalam ayat-ayat di bawah dengan menandakan sama
ada A, B atau C. Jika tiada kesalahan, bulatkan D.
1 Buku-buku yang tersusun dengan rapi dan kemas di dalam rak itu membantu pelajar
A B
mencarinya dengan mudah. Tiada kesalahan.
C D
2 Meskipun dibina tanpa paku, Istana Seri Menanti tetap utuh dan berdiri mapan hingga ke
A B
hari ini. Perkara ini membuktikan seni bina zaman dahulu sungguh hebat. Tiada kesalahan.
C D
3 Dengan langkah yang berat, dia membawa hati yang lara meninggalkan kampung halaman
A B
yang banyak mengajarnya erti kehidupan. Tiada kesalahan.
C D
4 Dalam situasi yang meruncing, kebiasaannya kita cepat panik lalu membuat tindakan melulu.
A B C
Tiada kesalahan.
D
5 Hembusan bayu yang lembut dan pasir pantai Perhentian yang gebu seolah-olah mengalu-
A B
alukan kami yang baharu tiba. Tiada kesalahan.
C D
6 Kesesakan teruk dilaporkan berlaku seawal pagi tadi disebabkan sebuah lori panjang terbalik
A B C
merentangi jalan. Tiada kesalahan.
D
7 Biskut yang rangup dan berkrim hancur jika dikendalikan dengan kasar. Tiada kesalahan.
A B C D
8 Sup itu tidak boleh dibiarkan merenih dengan api yang garang kerana lama-kelamaan kuahnya
A
akan kering dan melekat di dasar periuk. Tiada kesalahan.
B C D
9 Wanita yang bermulut becok itu sangat gemar mengambil tahu hal orang lain. Dia sering
A B
menyebar berita palsu sehingga menimbulkan fitnah. Tiada kesalahan.
C D
10 Pemuda yang kelihatan tidak bermaya dan terurus itu disoal siasat oleh polis disebabkan
A B
oleh tingkah lakunya yang mencurigakan. Tiada kesalahan.
C D
9 © Nilam Publication Sdn. Bhd.