Page 5 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 5

Bahasa Melayu Tahun 5   Buku A (Pemahaman)


                      LATIHAN 2

              Tandakan (✓) pada kata ganti nama diri yang paling tepat dalam ayat-ayat di bawah.

                1  “Sila turunkan cap jari ______ di sini,” kata peguam kepada wanita itu.
                             encik                         anda                         engkau


                2  “Adakah ______ sedar bahawa ______ telah tersesat?” tanya Eunice kepada rakan-rakannya.

                             kamu, kami                    kalian, kita                 awak, kalian


                3  Teks ucapan itu ______ siapkan sejam sebelum majlis berlangsung.

                             patik                         saya                         beta


                4  “Titah  perintah  ______  terjunjung  di  atas  batu  jemala  _________,”  kata  Laksamana Ali
                   kepada Sultan.
                             tuanku, patik                 beta, tuan hamba             baginda, hamba


                5  Majlis rumah terbuka tersebut dirancang dengan teliti oleh _________.

                             kami                          kita                         mereka


                6  Usahawan  muda  itu  terkenal  oleh  sikapnya  yang  pemurah.  Baru-baru  ini,  _________
                   mendermakan RM1 juta untuk pembinaan perpustakaan.
                             dia                           ia                           beliau


                7  “ _________ akan berangkat ke Bangkahulu apakala matahari menjengahkan dirinya esok,”
                   titah Sultan Melaka.

                             Tuanku                        Beta                         Baginda


                8  “Siapakah antara _________ yang membuli kamu?” tanya Iriawan kepada adiknya sambil
                   menjeling ke arah Huda dan teman-temannya.
                             kalian                        kita                         mereka


                9  “Kertas kerja yang _________ bentangkan mendapat pujian daripada ahli lembaga pengarah,”
                   kata Wei Wei kepada ibunya sambil mengukir senyum buat rakan-rakan dalam pasukannya.

                             kita                          kami                         saya


               10  Walaupun penat, pengalaman mendaki Gunung Korbu tidak akan _________ lupakan.

                             mereka                        kami                         dia



              © Nilam Publication Sdn. Bhd.                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10