Page 4 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 4

Bahasa Melayu Tahun 5   Buku A (Pemahaman)


                  Unit      Kata Ganti Nama Diri
                   2





                      LATIHAN 1

              Tandakan (✓) bagi ayat yang menggunakan kata ganti nama diri yang betul dan (✗) bagi ayat
              yang menggunakan kata ganti nama diri yang salah.


                1     Basikal tua yang tersandar di bangsal itu milik datuk. Ianya sudah
                      berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.




                2     Atap bumbung yang bocor itu mereka baiki.



                3     “Hamba bukan orang yang layak untuk membicarakan soal tanah dan
                      ufti,” ujar Datuk Bendahara kepada Syahbandar.




                4     Periuk tembaga itu saya sental sehingga berkilat.




                5     Janji yang dia tabur tidak boleh dipercayai.



                6     Kata Aniq kepada tetamu-tetamu di rumahnya, “Kalian jangan malu-
                      malu. Makanlah sampai kenyang.”



                7     “Syarikat kita tidak terjejas oleh kemelesatan ekonomi,” kata pengarah
                      urusan kepada wartawan.



                8     “Aku akan menuntut bela atas kematian Tuah!” bentak Hang Jebat.



                9     Parit besar yang tersumbat itu dibersihkan oleh kami dan beberapa
                      jiran tetangga yang prihatin.




               10     Sebagai insan biasa, ia mempunyai hati dan perasaan yang halus.





                                                            3                       © Nilam Publication Sdn. Bhd.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9