Page 3 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 3
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 2
Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1 Sebagai penolong kanan di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Encik Jeganath
bertanggungjawab membantu guru besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah.
2 Novel Diari Arissa karya penulis baharu itu diulang cetak kerana habis terjual.
3 Laksa Johor yang disediakan oleh Mak Cik Fazlin sangat enak.
4 Taman Negara Bako terletak 40 km dari Bandar Raya Kuching.
5 Trafik sesak dari Bulatan Kayangan sehinggalah ke susur keluar Seksyen 9, Shah
Alam.
6 Dia meraih pingat gangsa dalam acara lempar cakera dalam Majlis Sukan Sekolah
Malaysia 2018.
7 Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh menyeru ahli pengakap
supaya berdisiplin dan menjaga sahsiah diri.
8 Taman rekreasi yang terletak di kaki Gunung Stong itu tidak diuruskan dengan baik.
9 Makmal sains dan komputer sekolah kami akan dinaik taraf melalui bantuan yang
diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.
10 Klinik Osman dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum.
© Nilam Publication Sdn. Bhd. 2