Page 6 - Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A
P. 6
Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
Unit Kata Tanya
3
LATIHAN 1
Bina ayat tanya berdasarkan jawapan yang diberikan di bawah.
1 Semangkuk mee rebus berharga RM5.50.
2 Biskut itu lemau kerana dibiarkan terdedah kepada udara.
3 Maaf, saya tidak tahu-menahu tentang khabar angin itu.
4 Taman tema itu ditutup sekitar tahun 1980-an.
5 Abang lebih mahir bertukang berbanding ayah.
6 Kerani itu diberi amaran oleh majikannya kerana sering ponteng kerja.
7 Perpaduan dapat dicapai apabila setiap anggota masyarakat saling memahami dan bertoleransi.
8 Kerja rumah akan saya siapkan sebelum keluar bermain.
9 Bawang besar perlu dimayang halus, manakala halia dihiris nipis-nipis.
10 Majlis persaraan guru besar berlangsung dalam suasana sayu.
5 © Nilam Publication Sdn. Bhd.