Page 46 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 46

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            5.2   Aktiviti/ Program
            5.2.1   Majlis Perundingan Industri (MPI) Perikanan Komersial Peringkat Kebangsaan
                    Tahun 2023

                  MPI Perikanan Komersial Peringkat Kebangsaan tahun 2023 telah diadakan pada  23 - 24 Ogos 2023 di
                  De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Muhammad Aznan
                  bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan dihadiri oleh 120 orang yang terdiri daripada
                  pelbagai pihak berkepentingan.
















                         Ucapan Perasmian MPI Perikanan Komersial   Sesi fotografi peserta MPI Kebangsaan 2023
                               Peringkat Kebangsaan 2023


                  MPI bertujuan memberi maklumat tentang isu perikanan kepada pengusaha, meliputi  penambahbaikan dasar,
                  teknologi IR4, pengurusan sumber, latihan, pematuhan IOTC, dan pemajuan industri perikanan tangkapan
                  Malaysia.

                  Turut diadakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 Malaysia Madani untuk mendapatkan cadangan bagi
                  meningkatkan taraf hidup nelayan dan industri perikanan. Sebanyak tujuh taklimat telah dibentangkan, termasuk
                  topik pelesenan vesel, industri tuna, pengurusan perikanan, pemodenan vesel, teknologi penangkapan ikan,
                  pembangunan sumber manusia, dan kajian stok tuna di Lautan Hindi.

            5.2.2   Kursus Port Inspektor Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023


                  Kursus Port Inspektor Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023 telah diadakan pada 4 - 6 April 2023
                  di PPN Pulau Pinang. Kursus ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta dan bertujuan untuk meningkatkan
                  kepakaran Port Inspektor Jabatan Perikanan dalam aktiviti pendaratan tuna oleh vesel tempatan dan
                  asing di Lautan Hindi, serta prosedur  kemasukan vesel asing untuk akuakultur. Turut diadakan lawatan ke
                  sangkar ternakan ikan di Pulau Aman.

















                     Sesi fotografi peserta kursus bersama Tuan Haji Wan   Majlis  penyampaian  Sijil  Lantikan  Port  Inspektor  sesi
                  Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah    2023/2024 Oleh Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah
                                  (Pengurusan)                                 Perikanan Malaysia



          44
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51