Page 47 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 47
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Port Inspektor yang dilantik untuk sesi 2023/2024 diberi kuasa di bawah Akta 317 dan bertugas mengikut
SOP Port State Measures (PSM). Tugas mereka meliputi pemeriksaan dan pemantauan pendaratan tuna,
aktiviti vesel akuakultur asing, mengekang kemasukan vesel IUU, serta menjalankan tugas dengan integriti.
Semua ini bertujuan memastikan pengurusan perikanan yang lebih efektif dan mematuhi peraturan antarabangsa.
5.2.3 Program Pasar Pancing-The Fishing Expo 2023
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dijemput sebagai pempamer di Pasar Pancing – The Fishing
Expo. Program Pasar Pancing – The Fishing Expo 2023 telah diadakan pada 2 – 3 Dis 2023 di MATRADE
Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur.
Program Pasar Pancing – The Fishing Expo 2023
Program ini telah dihadiri oleh pemancing rekreasi dan orang awam. Antara pengisian program adalah
promosi sistem e-Rekreasi, pameran peralatan larangan, pameran replika tukun tiruan dan tayangan video
aktiviti-aktiviti DOF. Fokus utama DOF adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang awam terutamanya
pemancing-pemancing rekreasi mengenai kepentingan pengurusan sumber perikanan negara di samping
melahirkan pemancing rekreasi yang beretika dan bertanggungjawab.
5.2.4 Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena AMAF 2023
Program pelepasan benih ikan ke perairan umum ini adalah bersempena lawatan Delegasi Mesyuarat ASEAN
Ministers of Agriculture and Forestry (AMAF) ke-45 ke Taman Botani Negara Shah Alam pada 1 Oktober
2023.
Program Pelepasan Benih Pelepasan Ikan Ke Perairan Umum Sempena AMAF 2023
Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan
Makanan dan turut dihadiri oleh barisan Menteri Pertanian negara anggota ASEAN termasuk China, Jepun
dan Republik Korea. Sebanyak 10 ribu benih ikan Lampam sungai dan Terbul yang disumbangkan oleh
Pusat Perkembangan Akuakultur Perlok telah dilepaskan ke Kolam Nusantara.
45