Page 50 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 50
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
6.0 BAHAGIAN KONSERVASI DAN PERLINDUNGAN PERIKANAN
6.1 Pemantauan Status Peratusan Litupan Karang Hidup di Taman Laut/ FPA
Pemantauan status peratusan Litupan Karang Hidup, (LKH) (Live Coral Cover, LCC) menggunakan kaedah
Reef Check merupakan usaha berterusan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam pemuliharaan dan
pengurusan lestari biodiversiti marin khususnya di kawasan perlindungan marin (MPA) yang merangkumi
kawasan Taman Laut Malaysia dan Kawasan Larangan Perikanan (FPA).
Pada masa ini, sebanyak 61 MPA telah diwartakan secara rasmi di bawah Akta Perikanan 1985, meliputi
kawasan seluas 3,764.33km². Kebanyakan MPA melindungi kawasan terumbu karang yang berfungsi sebagai
ekosistem penting khususnya dalam menyokong kelangsungan sumber perikanan.
Melalui pemantauan tahunan yang dijalankan, ia dapat memberikan maklumat mengenai sebarang
perubahan biologikal persekitaran marin. Berdasarkan Tahap Litupan Karang, pengurusan MPA dapat dijalankan
secara efektif dan berkesan dengan mengambil tindakan yang betul serta cepat dalam menangani sebarang
kemerosotan status kesihatan terumbu karang.
Tahap peratusan litupan karang berdasarkan kepada Chou et. al (1994).
Pada tahun 2023, sejumlah 326 transek kekal (2022: 163) telah dipantau melalui program pemantuan tahunan
terumbu karang di seluruh perairan Malaysia. Program ini merupakan usaha sama secara berterusan antara
DOF dengan Reef Check Malaysia serta agensi lain yang berkaitan seperti Sabah Park dan sukarelawan
saintis ‘citizen science’. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 166 transek kekal adalah di kawasan MPA
yang digazetkan di bawah Akta Perikanan 1985. Pemantauan di MPA merangkumi sembilan negeri. Selain
daripada lokasi di pulau taman laut, tiga lokasi tambahan MPA iaitu di Tg. Tuan, Port Dickson, Negeri
Sembilan dan Pulau Besar, Melaka serta Kawasan Perlindungan Timun Laut di Pulau Singa, Langkawi.
Status %LKH (Karang Keras dan Karang Lembut) di perairan Taman Laut dan FPA Malaysia pada tahun
2023 adalah 54.23%.Ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun 2022 (50.96%) iaitu pada
tahap Good. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa transek kekal yang tertentu mempamerkan penurunan
dalam LKH disebabkan oleh faktor seperti ancaman Tapak Sulaiman Mahkota Berduri atau Crown of Thorns
(COTs) dan pelbagai pengaruh antropogenik yang memberi kesan kepada kesihatan terumbu. Manakala
purata %LKH Nasional berada pada 45.87% (2023) iaitu pada tahap Fair, yang merangkumi kawasan terumbu
yang dilindungi dan tidak dilindungi. Secara perbandingan, peratusan LKH di kawasan Taman Laut dan FPA
adalah lebih tinggi berbanding peratusan LKH Nasional. Ini jelas menunjukkan keberkesanan pengurusan
habitat terumbu karang di MPA yang diurus tadbir oleh DOF.
48