Page 28 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 28
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Mesyuarat ini adalah platform pembuat keputusan tertinggi antara negara ahli SEAFDEC untuk menyemak
pencapaian program-program yang dijalankan pada tahun semasa, merumus, mempertimbang dan membuat
keputusan berkaitan pelaksanaan program-program yang akan dijalankan pada tahun berikutnya serta
mengesahkan garis panduan atau pelan tindakan serantau dan antarabangsa yang melibatkan SEAFDEC.
Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Malaysia sewaktu mesyuarat pada kali ini termasuk
memohon penglibatan SEAFDEC dalam inisiatif di bawah lain-lain platform antarabangsa yang turut memberi
kesan terhadap perikanan seperti International Maritime Organization (IMO) dan Convention on International
Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).
2. 37 Session of the Asia-Pacific Fishery Commission (APFIC)
th
Mesyuarat 37 Session of the Asia-Pacific Fishery Commission (APFIC) telah diadakan pada13 -15 Jun
th
2023 di Qingdao, China. Malaysia merupakan ahli sejak penubuhan APFIC. Pada masa ini, APFIC dianggotai
oleh 21 buah negara ahli iaitu Australia, Bangladesh, Cambodia, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun,
Malaysia, Myanmar, Nepal, New Zealand, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Timor Leste, Thailand,
United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Antara perkara utama yang telah dipersetujui sewaktu meyuarat pada kali ini adalah penggantungan aktiviti
dan operasi APFIC bagi tempoh masa lima tahun. Ini kerana, berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh
Sekretariat, fungsi APFIC didapati bertindan dengan fungsi-fungsi beberapa platform sedia ada. Selain itu,
kos pengoperasian sekretariat dan penganjuran mesyuarat-mesyuarat berkaitan tidak dapat ditanggung
oleh FAO sepenuhnya. Oleh itu, sekiranya APFIC tidak digantung, negara ahli perlu menetapkan mekanisma
kewangan sama ada melalui yuran tahunan oleh negara ahli atau memperoleh sumbangan luar.
nd
3. Network of Aquaculture Centres in Asia-Pacific (NACA) 32 Governing Council Meeting
(GCM 32)
Mesyuarat Network of Aquaculture Centres in Asia-Pacific (NACA) 32 Governing Council telah diadakan
nd
pada 7-9 Ogos 2023 di Chiang Mai, Thailand. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan peringkat tinggi
bagi NACA yang telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
NACA merupakan organisasi antara kerajaan yang menggalakkan pembangunan luar bandar melalui pengurusan
akuakultur dan sumber akuatik yang mampan. NACA berusaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk
luar bandar, mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan keterjaminan makanan. NACA pada masa
ini dianggotai oleh Australia, Bangladesh, Cambodia, China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Iran, Korea
Selatan, Lao PDR, Malaysia, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini adalah peranan Subject-oriented
Networks (sNACA), laporan Regional Strategy for Aquaculture Biosecurity, laporan High-Level Meeting on
Aquaculture Transformation, dan laporan kewangan serta pengurusan NACA.
26