Page 30 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 30
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Malaysia turut memohon agar pihak SEAFDEC/ IFRDMD dapat berkongsi pengetahuan berkaitan program
Smart Fisheries Village (SFV) yang dibangunkan oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia dan
Special Area for Conservation and Fish Refugia (SPEECTRA) yang dibangunkan oleh pihak SEAFDEC/ IFRDMD.
Susulan itu, SEAFDEC/ IFRDMD telah mengadakan lawatan ke Malaysia untuk menjalankan satu soal selidik
pada 15-20 Oktober 2024 yang melibatkan komuniti setempat di tiga lokasi iaitu (i) Kampung Kuala Wau,
Maran, Pahang; (ii) Kampung Paya Cempaka, Temerloh, Pahang; dan (iii) Kampung Gemencheh, Negeri
Sembilan. Program ini telah bermula dengan satu sesi mesyuarat antara pihak SEAFDEC/ IFRDMD dengan
DOF pada 15 Oktober 2023 di Ibu Pejabat Perikanan, yang mana pihak SEAFDEC/ IFRDMD telah berkongsi
konsep SFV dan SPEECTRA kepada DOF. Kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama yang
boleh dijalankan kelak.
Selain aktiviti di tiga lokasi survei, pihak SEAFDEC/ IFRDMD turut melawat Pusat Pengembangan Akuakultur
Perlok, Jerantut. Objektif program ini adalah seperti berikut:
I. Memperkenalkan aktiviti yang dibangunkan oleh Kementerian Hal Ehwal Kelautan dan Perikanan
di Republik Indonesia dan program pengembangan pihak SEAFDEC/ IFRDMD untuk memperkenalkan
pelaksanaan Program SPEECTRA di Malaysia.
II. Mendapatkan status pengurusan perikanan darat di Malaysia melalui aktiviti Ecosystem Approach for
Fisheries Management (EAFM).
3.6 Seminar Pelaburan Subsektor Perikanan Tahun 2023
Seminar Pelaburan Subsektor Perikanan Tahun 2023 telah diadakan pada 26 September 2023 di Sama
Sama Hotel, KLIA, Sepang, Selangor. Seminar telah dirasmikan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Seminar diadakan untuk menggalakkan lebih ramai pelabur tempatan dan asing terlibat dalam pembangunan
projek perikanan agromakanan di Malaysia. Maklumat berkaitan dasar, potensi dan peranan serta insentif
yang ditawarkan oleh agensi berkaitan juga dapat dihebahkan melalui seminar ini. Sebanyak lapan kertas
pembentangan yang melibatkan pembentang daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). Seminar ini dihadiri oleh
kakitangan KPKM, DOF, agensi luar berkaitan pelaburan, koridor-koridor, syarikat penternak akuakultur,
syarikat perikanan tangkapan dan syarikat pemprosesan produk perikanan.
28