Page 29 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 29
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
4. WorldFish (ICLARM) Board of Trustees Meeting
Mesyuarat WorldFish (ICLARM) Board of Trustees telah diadakan pada 7 Disember 2024 di United Arab
Emirates (UAE). YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang juga merupakan
ahli ex officio BOT telah menghadiri mesyuarat ini yang merupakan mesyuarat berkala melibatkan ahli BOT.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan projek dan aktiviti di bawah WorldFish
selain membincangkan urusan pentadbiran WorldFish.
3.5.2 Lawatan / Kunjungan Hormat
1. Kunjungan Hormat Delegasi Iran Ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
DOF telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Mojtaba Khayam Nekouei, Tim-
balan Menteri dan Pengarah Pertubuhan Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembangan Pertanian (AREEO),
Kementerian Pertanian Republik Islam Iran pada 21 Julai 2023. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg
Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta dihadiri oleh Dr. Azhar bin
Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan dan pegawai-pegawai perikanan dan penyelidik.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan senario perikanan di kedua-dua buah negara, yang
meliputi aspek potensi kerjasama penyelidikan perikanan dan pembangunan kapasiti, pengurusan sumber
perikanan, kelestarian marin, peraturan dan undang-undang perikanan, dan isu-isu semasa yang melibatkan
komuniti nelayan dan pemilik kapal perikanan, serta keselamatan makanan.
2. Lawatan SEAFDEC/ IFRDMD ke Malaysia bagi Aktiviti Survey di Bawah Projek
“Management Scheme of Inland Fisheries in Southeast Asia, 2020-2024”
Program ini merupakan inisiatif pihak SEA FDEC/ IFRDMD susulan permohonan daripada Malaysia sewaktu
45 SEAFDEC Programme Committee Meeting (45PCM) pada 5 hingga 7 Disember 2022 di Iloilo, Filipina
th
yang mana Malaysia telah memohon agar pihak SEAFDEC/ IFRDMD dapat mempertimbangkan untuk
mengadakan aktiviti di Malaysia bagi membantu menambah baik pengurusan perikanan darat memandangkan
Malaysia dilihat masih mempunyai data yang terhad.
27