Page 37 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 37

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


                  Syarikat mempunyai kilang pemprosesan ikan, fasiliti pembuangan tulang, bilik sejuk beku, dan tempat
                  pembungkusan produk. Ikan beku boleh digunakan sehingga dua tahun dengan kaedah penyimpanan yang
                  betul. Kos utama dalam operasi penternakan ikan susu  adalah makanan ikan (65%) dan bil elektrik (15%).


                  Penggunaan  teknologi  dalam  pengurusan  kolam seperti  PE lining  dan  auto-feeder  telah membantu
                  meningkatkan efisiensi operasi ladang. Manakala proses penuaian ikan adalah  menggunakan jentera dan
                  proses pengasingan saiz ikan adalah menggunakan mesin.

                  Pengeluaran syarikat pada tahun 2022 adalah sebanyak 3,000 tm ikan susu, dengan pasaran eksport serta
                  pasaran tempatan masing-masing adalah sebanyak 50% bernilai RM39 juta.

            4.3   Internet of Things (IOT) Dalam Projek Ternakan Udang Putih, Penaeus
                  vannamei

                  Syarikat Market Boy Marketing mengaplikasikan Internet of Things (IOT) dalam projek ternakan udang putih,
                  Penaeus vannamei. Syarikat beroperasi di Kawasan Perindustrian Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur
                  dan merupakan satu-satunya pengusaha akuakultur yang menjalankan aktiviti ternakan udang putih,
                  Penaeus vannamei secara super intensif menggunakan sistem Re-circulating Aquaculture System (RAS) di
                  dalam bangunan.

                  Encik Tan Wee Kiat @ Tommy Tan, berumur 36 tahun merupakan penternak dari golongan belia yang
                  gigih mengusahakan aktiviti akuakultur. Minat dan usaha telah mendorong beliau mengusahakan bekas
                  kilang plastik bapanya dengan ternakan udang putih. Beliau bukan sahaja menceburkan diri dalam aktiviti
                  akuakultur malah berani mengaplikasikan teknologi terkini yang ada dalam industri ini.


















                      Encik Tommy Tan, pemilik Syarikat  Marketboy      Sistem ternakan dilengkapi auto-feeder untuk
                                                                       meningkatkan kecekapan pemberian makanan

















                          Udang putih di dalam tangki ternakan              Udang putih di dalam tangki
                                                                                   ternakan




                                                                                                           35
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42