Page 38 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 38
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
Beliau menggemblengkan dua teknologi iaitu RAS dan ternakan secara super intensive bagi melaksanakan
penternakan udang putih. Beliau mula menjalankan aktiviti ternakan udang putih sejak tahun 2020 dengan
14 unit tangki bulat berkapasiti 4 t.m bagi setiap tangki. Sistem kitaran semula akuakultur dan penternakan
dengan kapasiti tinggi ternyata membuahkan hasil yang lumayan.
Bagi melengkapkan sistem penternakan, beliau telah memohon kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan
telah diluluskan bantuan peralatan Internet of Things (IoT) bagi pemantauan dan kawalan kualiti air dalam
sistem ternakan secara real time di bawah Mesyuarat Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS)
Akuakultur tahun 2023. Antara input IoT yang dibekalkan kepada syarikat melalui Pejabat Perikanan W.P
Kuala Lumpur/Putrajaya adalah tiga unit probe sensor untuk pemantauan parameter air seperti oksigen
terlarut (DO), ammonia, saliniti, pH serta total suspended solid (TSS). Bantuan ini mampu meningkatkan
kecekapan sistem ternakan dan mengurangkan insiden kematian, dengan ini dapat menjamin penternakan
yang lancar dan berhasil.
Oxygen Generator Oxygen Cone CO2 Remover Chamber
Kerjasama seperti ini merupakan salah satu strategi dalam usaha Kerajaan untuk menyokong penggunaan
IoT serta menyahut seruan Kerajaan dalam memperkasakan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI)
dalam negara.
4.4 Pemantapan Kawalan Ke Atas Aktiviti Import Dan Eksport Ikan Hidup
Melalui Vesel Penangkapan Ikan Asing
Industri akuakultur di Malaysia sedang berkembang dengan adanya peluang peningkatan pengeluaran
bagi memenuhi keperluan protein berasaskan ikan. Peluang ini adalah hasil daripada kemerosotan sumber
ikan daripada perikanan tangkapan dan adanya kesedaran kesihatan dalam kalangan pengguna. Interaksi
industri akuakultur di peringkat global melibatkan import dan eksport. Antara aktiviti yang diberi tumpuan
adalah import dan eksport ikan hidup melalui jalan laut di perairan perikanan Malaysia. Ketika ini, pengusaha
akuakultur di Malaysia mengimport benih ikan hidup untuk keperluan ladang dan mengeksport ikan hidup
dewasa bagi tujuan pasaran.
Aktiviti import dan eksport ini telah lama dilaksanakan terutama di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak,
Selangor dan Johor, namun kurang kawalan berbanding aktiviti import dan eksport yang melibatkan jalan
darat dan udara.
36