Page 39 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 39
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
2016
Sekatan kemasukan sebuah vesel asing daripada Hong Kong ke Pelabuhan Lumut bagi aktiviti import/
eksport ikan hidup akuakultur telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
2017
Beberapa siri mesyuarat bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi membincangkan isu sekatan tersebut
dan telah mendapat persetujuan penangguhan bagi membolehkan aktiviti tersebut dijalankan sehingga
suatu kawalan yang lebih tuntas dapat disediakan.
2022
Mesyuarat bersama Penasihat Pejabat Undang-Undang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) telah mencapai kata sepakat dan bersetuju menggunapakai Seksyen 15(2) Akta Perikanan 1985
(Vesel penangkapan ikan asing tidak dibenarkan memuat atau memunggah apa-apa ikan, bahan api atau
bekalan memindah kapal ikan di Perairan Perikanan Malaysia tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada
Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia sebagai punca kuasa DOF dalam mengawalselia aktiviti ini.
2022
Penyediaan prosedur berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 15 (2) Akta Perikanan 1985. Perbincangan
turut melibatkan beberapa bahagian lain dan juga agensi luar antaranya Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),
Jabatan Imigesen Malaysia (JIM), Majlis Keselamatan Negara (MKN).
2023
Prosedur Operasi Standard (SOP) Vesel Penangkapan Ikan Asing Ke Perairan Perikanan Malaysia Untuk
Memuat Atau Memunggah Bagi Tujuan Import dan Eksport Ikan Hidup telah diedarkan bagi tujuan pelaksanaan
secara percubaan (trial run) sebelum dimuktamadkan pada akhir tahun 2023
2023
Bagi memperkukuhkan lagi kemahiran kakitangan, satu Kursus Port Inspector Jabatan Perikanan Malaysia,
melibatkan seramai 40 orang kakitangan DOF telah dilaksanakan. Kursus ini adalah gabungan pelaksanaan
SOP Vesel Penangkapan Ikan Asing Ke Perairan Perikanan Malaysia Untuk Memuat Atau Memunggah
Bagi Tujuan Import & Eksport Ikan Hidup dan SOP Post State Measure
37