Page 4 - BUKU PROGRAM MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
P. 4

MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
                                                                              SUKAN INTEGRASI KELUARGA HASIL
          SECANGKIR

          BICARA








         Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Keluarga Hasil Sabah.

         Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
         Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya dapat kita
         berkumpul di Pesta Mini Sukan Hasil Dalam Negeri Sabah Tahun
         2022 untuk kali ke-8 yang diadakan di Kota Kinabalu.


         Terlebih  dahulu  syabas  saya ucapkan  kepada Cawangan  Kota Kinabalu
         selaku tuan rumah Pesta Mini Sukan Hasil Sabah pada kali ini. Walaupun dalam keadaan negara
         yang masih belum pulih sepenuhnya daripada penularan COVID-19 dan tempoh masa persediaan
         yang agak singkat, namun seperti yang kita lihat pada hari ini, hasrat dan tanggungjawab untuk
         merealisasikan Pesta Mini Sukan ini akhirnya menjadi kenyataan.


         Semangat juang beginilah yang kita perlukan dalam organisasi bagi membentuk satu pasukan
         kerja  yang  proaktif, tangkas  dan  berkualiti.  Dalam  hal  ini, kesungguhan  yang  dipamerkan  oleh
         Keluarga HASiL Sabah dalam menjayakan pesta mini sukan ini wajar diteladani. Tahniah!


         Saya difahamkan  bahawa Sukan  Hasil  Sabah  biasanya diadakan  dua tahun sekali  dengan
         menampilkan pelbagai acara sukan dan akan disertai oleh Hasilian dari seluruh Sabah. Namun,
         berbeza sedikit pada kejohanan kali ini yang mana acara olahraga dan beberapa acara lain tidak
         dapat dipertandingkan.

         Oleh  kerana  itulah,  ia  dinamakan  sebagai  Pesta  Mini  Sukan  Hasil  Sabah  apabila  skala
         penganjurannya  adalah  lebih  kecil  berbanding  kebiasaannya.  Akan  tetapi,  ia  bukanlah  satu
         kekurangan, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut yang positif kerana apa yang lebih penting ialah
         semangat kesukanan dan hasrat murni yang ingin dicapai daripada penganjuran kejohanan ini.
         Justeru, saya amat berharap agar kesemua atlet yang bertanding, tidak patah semangat dan akan
         menggarap peluang ini  sebaik  mungkin  serta menjadikan  arena  sukan  sebagai  asas  untuk
         membentuk pasukan yang mantap dan bersemangat jitu.


         Akhir kata, ayuh kita bersama-sama memberikan komitmen terbaik bagi menjayakan Pesta Mini
         Sukan Hasil Dalam Negeri Sabah Tahun 2022. Kepada semua peserta selamat bertanding dengan
         penuh semangat kesukanan dan semoga anda semua beroleh kejayaan.


                                            Terbang belatuk di waktu senja,
                                           Hinggap di dahan pohon siantan,
                                          Sukan membentuk semangat waja,
                                              Juara bertahan jadi rebutan.


         Sekian, terima kasih.


          Datuk Mohd Nizom bin Sairi
          Ketua Pegawai Eksekutif
          Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

                                                           01
   1   2   3   4   5   6   7   8   9