Page 6 - BUKU PROGRAM MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
P. 6

MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
                                                                              SUKAN INTEGRASI KELUARGA HASIL
          MADAH BERSULAM

          SUTERA








         Bismillahirramanirrahim…

         Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh  dan  Salam
         Sejahtera,

         Pertama-tamanya, sekalung penghargaan dan terima kasih
         kepada Pengurusan Atasan Sabah atas mandat dan kepercayaan
         yang  telah  diberikan  kepada  Cawangan  Kota  Kinabalu  selaku  tuan
         rumah Mini Sukan Hasil Sabah 2022 Kota Kinabalu kali yang ke-8.


         Rakaman penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Kelab Rekreasi  dan
         Kebajikan (Kelab Hasil) LHDNM Kota kinabalu, jentera utama yang memainkan peranan penting
         dalam menganjurkan  Mini  Sukan  Hasil  Sabah  ini. Tidak  lupa  juga, tahniah  dan  penghargaan
         kepada peserta dari seluruh Sabah atas sokongan, komitmen dan kerjasama erat dalam
         melestarikan kejayaan Mini Sukan Hasil Sabah kali ini.

         Program sukan seperti ini merupakan platform terbaik yang mengumpulkan atlet keluarga Hasil
         seluruh Sabah untuk menunjukkan bakat sukan dan bersaing dalam semangat kesukanan yang
         tinggi. Selain itu, adalah diharapkan program sukan ini akan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim
         serta memperkukuhkan semangat kesukanan dan permuafakatan dalam keluarga Hasil. Hal ini
         pasti  menjadi  satu kebanggaan  dan  lambang  kerjasama  erat  serta  usaha  jitu yang memupuk
         perpaduan dalam keluarga Hasil melalui aktiviti sukan selaras dengan moto Mini Sukan Hasil
         Sabah 2022 Kota Kinabalu, "Sukan Integrasi Keluarga Hasil".


         Akhir kalam, saya mengucapkan selamat berjuang di gelanggang pertandingan kepada seluruh
         keluarga Hasil yang mengambil bahagian dalam Mini Sukan Hasil Sabah 2022 Kota Kinabalu .


                                           Harum sungguh bunga Kemboja,
                                        Cantik warnanya memukau pandangan,
                                            Sukan memupuk jiwa nan waja,
                                        Berentap penuh semangat kesukanan.

         Selamat Maju Jaya!
         Sekian, terima kasih.




          Datin Dayang Halimah binti Awang Ahmad
          Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
          Mini Sukan Hasil Sabah 2022 Kota Kinabalu










                                                           03
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11