Page 5 - BUKU PROGRAM MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
P. 5
MINI SUKAN HASIL SABAH 2022 | KOTA KINABALU
SUKAN INTEGRASI KELUARGA HASIL
SEULAS
MADAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Keluarga Hasil Sabah.
Dikesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kedatangan para
jemputan dan semua kontinjen dari seluruh Kota Kinabalu,
Sandakan, Tawau, Keningau dan Labuan bagi sama-sama
memeriahkan Pesta Mini Sukan Hasil Sabah 2022, Kota Kinabalu.
Saya berharap agar sukan kali ini dijadikan sebagai satu wadah
mempereratkan silaturahim antara setiap peserta, dengan melibatkan diri secara aktif dalam
sukan. Saya percaya ianya akan dapat membantu pembentukan modal insan yang bermutu tinggi
serta melahirkan keluarga Hasil yang berjiwa kental dalam menghadapai cabaran masa kini dan
masa depan.
Saya ingin mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Jawatankuasa Penganjur Pesta Mini Sukan Hasil Sabah kali ke-8 ini kerana telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menggalas tanggungjawab untuk menjayakan sukan kali ini walaupun
dalam masa yang agak singkat. Saya yakin dengan penglibatan tuan/puan dalam menganjurkan
Pesta Mini Sukan ini akan membantu mengasah lagi bakat kepimpinan, mempertingkatkan
keyakinan dan semangat bekerjasama kepada semua.
Begitu juga setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak
membantu secara langsung atau tidak langsung dalam kelancaran Pesta Mini Sukan ini.
Seterusnya kepada para peserta saya ingin menyeru agar sentiasa menjunjung adat pertandingan.
Walaupun kejuaraan menjadi sasaran utama, tetapi kalah menang bukan persoalan, yang penting
kerjasama untuk menyemai semangat kekitaan dalam keluarga Hasil Sabah. Saya berharap agar
Pesta Sukan ini juga akan dapat melahirkan jaguh-jaguh sukan yang boleh mewakili Zon Utara ke
peringkat Sukan Hasil Se-Malaysia di Putrajaya kelak.
Akhir sekali diucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan didoakan
semoga mencapai kejayaan dan kecemerlangan, Sukan Integrasi Keluarga Hasil.
Sekian, terima kasih.
Datuk Hajam bin Lajah Alam
Pengarah Negeri Sabah
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
02