Page 10 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 10

1
         BAB       BAB
                    1                  Ubahan









              Apakah yang akan anda pelajari?
              •  Ubahan Langsung
              •  Ubahan Songsang
              •  Ubahan Bergabung


              Maslahat Bab Ini
              Konsep ubahan banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita dan meluas dalam
              bidang sains dan matematik. Misalnya, mencari jarak yang dilalui dengan laju dalam masa
              tertentu, mengkaji hubungan antara kedalaman laut dengan tekanan air dan lain-lain.


              Tahukah Anda?
              Simbol ∝ diperkenalkan oleh William Emerson (1701-1782),
              seorang ahli matematik Inggeris, pada tahun 1768 dalam
              karyanya The Doctrine of Fluxions.


              Untuk maklumat lanjut:


                           bit.do/TahukahAndaBab1














             GERBANG ISTILAH


                                       pemalar               constant
                                       pemboleh ubah         variable
                                       ubahan bergabung      combined variation
                                       ubahan langsung       direct variation
                                       ubahan songsang       inverse variation
                                       ubahan tercantum      joint variation
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15