Page 14 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 14
2. Puan Wardina ingin membeli kacang hijau yang dijual pada harga RMx sekilogram.
1
Nyatakan harga kacang hijau jika Puan Wardina membeli
BAB (a) 500 g kacang hijau,
(b) 2 kg kacang hijau.
3. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara masa dengan bilangan botol jem yang
dihasilkan di sebuah kilang.
Masa (minit) 5 10 15 20 25
Bilangan botol 10 20 30 40 50
Nyatakan perubahan pada bilangan botol jem yang dihasilkan apabila
(a) masa bertambah sebanyak dua kali ganda lebih lama,
(b) masa dikurangkan separuh.
Apakah hubungan antara dua pemboleh ubah bagi suatu
ubahan langsung?
Menentukan hubungan
MobiLisasi Minda 2 Berkumpulan antara dua pemboleh
Tujuan: Menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah ubah bagi suatu ubahan
langsung.
bagi suatu ubahan langsung.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan.
2. Setiap kumpulan memilih satu jenis kadar daripada senarai di bawah.
(a) Kadar tambang teksi mengikut jarak
(b) Kadar tempat letak kereta mengikut jam
(c) Kadar denyutan jantung mengikut minit
(d) Kadar tol mengikut jarak
(e) Kadar muat turun data (Mbps)
(f) Kadar faedah mudah simpanan setahun
3. Dengan melayari Internet, dapatkan maklumat bagi kadar yang dipilih dan lengkapkan
jadual seperti di bawah.
Misalnya, kadar tambang teksi ialah RM1.20 per km.
Jarak yang dilalui, x (km) 2 4 6 8 10
Tambang, y (RM)
y
x
4. Lukis graf y melawan x dengan skala yang sesuai berdasarkan jadual yang diperoleh.
5. Jawab soalan dalam Perbincangan.
6. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda kepada kelas.
4
KPM