Page 4 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA KTEP
P. 4

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG


                                       YDP PIBG Kolej Tingkatan Enam Puchong







               Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

                   Bersyukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  limpah  kurnia  dan  kasih  sayangNya,
               Mesyuarat  Agung  PIBG  Kali  Pertama  dapat  dilangsungkan  walaupun  dalam  keadaan  norma
               baharu iaitu melalui atas talian. Mesyuarat Agung PIBG kali ini agak berbeza dari tahun-tahun
               sebelumnya  kerana  ia  merupakan  mesyuarat  Agung  kali  pertama  kolej  ini  setelah  dengan
               rasminya pada tahun 2020 bertukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam Puchong. Tahniah dan
               syabas  saya  ucapkan  kepada  AJK  PIBG,  pihak  pentadbir  sekolah  dan  guru-guru  kerana  telah
               berjaya mengadakan perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama.

                   PIBG  bukan  sahaja  membantu  dengan  menyalurkan  sumbangan  wang  atau  dana  kepada
               pihak  kolej  dalam  menyediakan  kemudahan  yang  selesa  kepada  para  pelajar,  malah  antara
               perkara lain yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah pandangan dan pemikiran membina ke
               arah    meningkatkan  potensi  anak-anak  kita  dalam  bidang  akademik  dan  kokurikulum.
               Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah amat saya harapkan.

                   Seperti  yang  kita  sedia  maklum,  akibat  pandemik  yang  melanda,  banyak  perancangan  dan
               aktiviti  kolej  agak  terganggu.  Walaubagaimanapun,  guru-guru  sentiasa  memastikan  anak-anak
               mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran samada secara ‘online dan offline’.  Selain itu, dengan
               pengurusan yang bijak daripada pihak kolej, aktiviti kokurikulum juga tetap berlangsung dengan
               mengubah suai pelbagai aktiviti menarik secara ‘online’. Komitmen yang tinggi daripada guru-guru
               memastikan  pelajar-pelajar  tidak  ketinggalan  dari  segi  akademik  mahu  pun  kokurikulum  amat
               saya  hargai.  Oleh  itu  saya  juga  berharap  komiten  daripada  ibu  bapa  bagi  mewujudkan  sebuah
               menjadi kolej yang cemerlang dan gemilang.  Dengan adanya PIBG yang aktif, cetusan idea yang
               baik akan diperoleh, pelbagai masalah boleh diatasi bersama, beban guru akan dapat dikurangkan
               dan masalah kewangan akan dapat diringankan

                   Saya  percaya,  di  bawah  kepimpinan  dan  keprihatinan  Puan  Pengetua  dan  sokongan
               daripada guru-guru dan penglibatan ibu bapa kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang
               dalam semua aspek.  Akhir kata,  Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
               terlibat dan bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini
                   Sekian, terima kasih.
                   Wassalam.

                   SHAIFULLIZAM BIN OMARUDDIN
                   Yang Di Pertua PIBG
                   Kolej Tingkatan Enam Puchong


                                                                          MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1    4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9