Page 5 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA KTEP
P. 5

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG


                                       Pengetua Kolej Tingkatan Enam Puchong






               Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.


                 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya kerana
               mengizinkan  saya  menguntaikan  sepatah  dua  kata  sempena  Mesyuarat  Agung  PIBG  Kolej
               Tingkatan  Enam  Puchong  kali  pertama.    Terlebih  dahulu,  setinggi-tinggi  ucapan  tahniah  dan
               syabas kepada PIBG Kolej Tingkatan Enam Puchong kerana dapat  mengadakan Mesyuarat Agung
               Tahunan ini.

                 Persatuan  Ibu  Bapa  dan  Guru  (PIBG)  merupakan  wadah  yang  bertanggungjawab  memikul
               amanah  membantu  menggilap  kecemerlangan  anak-anak  dan  memperkasa  kolej.    Peranan  dan
               tanggungjawab  PIBG  amat  penting  terutama  dalam  bidang  akademik  dan  kokurikulum  pelajar.
               Sesungguhnya  PIBG  merupakan  nadi  kepada  hubungan  antara  ibu  bapa  dengan  pihak  kolej.
               Keeratan dan keberkesanan hubungan ini boleh memacu kolej ke arah kecemerlangan daripada
               semua  aspek  pendidikan  pelajar.    PIBG  dan  kolej  bagaikan  aur  dengan  tebing  dalam
               memperkasakan  agenda  Pendidikan.    Justeru,  amatlah  diharapkan  PIBG  Kolej  Tingkatan  Enam
               Puchong (KTEP) terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi kolej seterusnya
               mencipta kegemilangan KTEP.

                 Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan
               terutamanya  semasa  pandemik  Covid  19.  Marilah  kita  sama-sama  mendidik,  membimbing  dan
               memimpin  anak-anak  dengan  langkah  yang  sentiasa  seiring  dalam  mengejar  arus  perubahan
               dalam pendidikan.  Semua guru, ibu bapa dan pelajar perlu bergerak seiring untuk melakar impian
               mencipta kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

                 Akhir  kata,  jutaan  terima  kasih  kepada  Jawatakuasa  PIBG  dan  tidak  ketinggalan  kepada
               Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG tahun ini.  Sesungguhnya segala bakti, sumbangan dan
               perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan pelajar kolej ini amatlah dihargai.

               Sekian, terima kasih.

               “Berjaya Tetap Berjaya.”


               NORJAH BINTI YUSOP
               Pengetua
               Kolej Tingkatan Enam Puchong



                                                                          MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1    5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10