Page 7 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA KTEP
P. 7
RODA SAWAT
Roda sawat melambangkan produktiviti dan kerajinan yang membawa kepada kejayaan
pada masa akan datang. Roda sawat juga melambangkan Kerjasama yang diperlukan
demi menghasilkan sesuatu yang lebih besar dan setiap roda sawat penting demi fungsi
suatu organisasi yang besar.
TOPI GRADUASI
Topi graduasi antara pen melambangkan kejayaan yang bakal dikongsi bersama dengan
kerajinan semasa menuntut ilmu pengetahuan.
BUKU DAN PEN BULU
Buku dan pen bulu bermaksud Pendidikan yang memerlukan teori dan Latihan demi
menguasai sesuatu ilmu sepenuhnya.
DAUN
Daun bermakna lokasi KTE Puchong yang dikelilingi hutan dan alam sekitar yang penuh
dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta lokasi yang strategik tetapi tiada gangguan.
Persekitaran yang membuatkan ia lokasi sesuai untuk mendapatkan ilmu. Ia juga
membawa maksud pembangunan KTE Puchong yang tidak mengganggu kelestarian alam
sekitar.
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA.
MISI
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan
sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1 7