Page 4 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2021
P. 4
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
YDP PIBG Kolej Tingkatan Enam Puchong
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya,
Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama dapat dilangsungkan walaupun dalam keadaan norma
baharu iaitu melalui atas talian. Mesyuarat Agung PIBG kali ini agak berbeza dari tahun-tahun
sebelumnya kerana ia merupakan mesyuarat Agung kali pertama kolej ini setelah dengan
rasminya pada tahun 2020 bertukar nama kepada Kolej Tingkatan Enam Puchong. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada AJK PIBG, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru kerana telah
berjaya mengadakan perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama.
PIBG bukan sahaja membantu dengan menyalurkan sumbangan wang atau dana kepada
pihak kolej dalam menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelajar, malah antara
perkara lain yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah pandangan dan pemikiran membina ke
arah meningkatkan potensi anak-anak kita dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah amat saya harapkan.
Seperti yang kita sedia maklum, akibat pandemik yang melanda, banyak perancangan dan
aktiviti kolej agak terganggu. Walaubagaimanapun, guru-guru sentiasa memastikan anak-anak
mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran samada secara ‘online dan offline’. Selain itu, dengan
pengurusan yang bijak daripada pihak kolej, aktiviti kokurikulum juga tetap berlangsung dengan
mengubah suai pelbagai aktiviti menarik secara ‘online’. Komitmen yang tinggi daripada guru-guru
memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan dari segi akademik mahu pun kokurikulum amat
saya hargai. Oleh itu saya juga berharap komiten daripada ibu bapa bagi mewujudkan sebuah
menjadi kolej yang cemerlang dan gemilang. Dengan adanya PIBG yang aktif, cetusan idea yang
baik akan diperoleh, pelbagai masalah boleh diatasi bersama, beban guru akan dapat dikurangkan
dan masalah kewangan akan dapat diringankan
Saya percaya, di bawah kepimpinan dan keprihatinan Puan Pengetua dan sokongan
daripada guru-guru dan penglibatan ibu bapa kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang
dalam semua aspek. Akhir kata, Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dan bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
SHAIFULLIZAM BIN OMARUDDIN
Yang Di Pertua PIBG
Kolej Tingkatan Enam Puchong
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1 4