Page 5 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2021
P. 5
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Pengetua Kolej Tingkatan Enam Puchong
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya kerana
mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG Kolej
Tingkatan Enam Puchong kali pertama. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
syabas kepada PIBG Kolej Tingkatan Enam Puchong kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul
amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasa kolej. Peranan dan
tanggungjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum pelajar.
Sesungguhnya PIBG merupakan nadi kepada hubungan antara ibu bapa dengan pihak kolej.
Keeratan dan keberkesanan hubungan ini boleh memacu kolej ke arah kecemerlangan daripada
semua aspek pendidikan pelajar. PIBG dan kolej bagaikan aur dengan tebing dalam
memperkasakan agenda Pendidikan. Justeru, amatlah diharapkan PIBG Kolej Tingkatan Enam
Puchong (KTEP) terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi kolej seterusnya
mencipta kegemilangan KTEP.
Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan
terutamanya semasa pandemik Covid 19. Marilah kita sama-sama mendidik, membimbing dan
memimpin anak-anak dengan langkah yang sentiasa seiring dalam mengejar arus perubahan
dalam pendidikan. Semua guru, ibu bapa dan pelajar perlu bergerak seiring untuk melakar impian
mencipta kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada Jawatakuasa PIBG dan tidak ketinggalan kepada
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG tahun ini. Sesungguhnya segala bakti, sumbangan dan
perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan pelajar kolej ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“Berjaya Tetap Berjaya.”
NORJAH BINTI YUSOP
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Puchong
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1 5