Page 7 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2021
P. 7

RODA SAWAT
                 Roda sawat melambangkan produktiviti dan kerajinan yang membawa kepada kejayaan
                 pada  masa  akan  datang.  Roda  sawat  juga  melambangkan  Kerjasama  yang  diperlukan
                 demi menghasilkan sesuatu yang lebih besar dan setiap roda sawat penting demi fungsi
                 suatu organisasi yang besar.


                                                      TOPI GRADUASI
                 Topi graduasi antara pen melambangkan kejayaan yang bakal dikongsi bersama dengan
                 kerajinan semasa menuntut ilmu pengetahuan.

                                                   BUKU DAN PEN BULU
                 Buku  dan  pen  bulu  bermaksud  Pendidikan  yang  memerlukan  teori  dan  Latihan  demi
                 menguasai sesuatu ilmu sepenuhnya.


                                                          DAUN
                 Daun bermakna lokasi KTE Puchong yang dikelilingi hutan dan alam sekitar yang penuh
                 dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta lokasi yang strategik tetapi tiada gangguan.
                 Persekitaran  yang  membuatkan  ia  lokasi  sesuai  untuk  mendapatkan  ilmu.  Ia  juga
                 membawa maksud pembangunan KTE Puchong yang tidak mengganggu kelestarian alam
                 sekitar.



                                                           VISI


                        PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA.



                                                           MISI

                 •  Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
                 •  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan
                 sejahtera.
                 •  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.
                 •  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.













                                                                          MESYUARAT AGUNG PIBG KALI - 1    7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12