Page 3 - AMALI 1-kimia (ebook)_Neat
P. 3
keluarga arena. Nama khas bagi semua hidrokarbon yang mengandungi satu gelang benzena
adalah arena.
Secara teorinya, ketiga-tiga kumpulan hidrokarbon ini mempunyai kereaktifan yang
berbeza. Alkena dilihat lebih reaktif berbanding alkana dan bezena. Hal ini kerana alkena
mempunyai ikatan ganda dua yang membolehkan mereka menjalani tindakbalas penambahan
dengan mudah. Selain itu, hidrokarbon aromatik mempunyai kestabilan khas kerana resonans di
mana elektronvalens mereka diasingkan sepenuhnya. Tambahan pula, hidrokarbon aromatik
tidak mengalami tindak balas penambahan tetapi mengalami tindakbalas penukargantian kerana
mereka akan kehilangan kestabilan ini iaitu kehilangan kearomatikan cincin di mana hydrogen
aromatik digantikan dengan satu elektrofil.
Eksperimen yang dijalankan pada kali ini adalah untuk membezakan ketiga-tiga kumpulan
ini daripada segi ciri-ciri mereka. Hidrokarbon tepu (alkana) diwakili oleh sikloheksana manakala
sikloheksena digunakan sebagai hidrokarbon tidak tepu. (alkena). Metilbenzena pula digunakan
sebagai hidrokarbon aromatik. Tiga jenis ujian yang akan dijalankan dalam eksperimen ini adalah
ujian pembakaran, ujian tindak balas dengan bromin dan ujian tindak balas dengan larutan kalium
manganate (VII) berasid.
Sikloheksana Sikloheksena Metilbenzena
Formula struktur bagi sikloheksana, sikloheksena dan metilbenzena