Page 6 - AMALI 1-kimia (ebook)_Neat
P. 6
ANALISIS :
Secara umumnya, Semua hidrokarbon mempunyai karbon dan hidrogen. Walau bagaimanapun,
mereka mempunyai sifat-sifat yang berbeza Contohnya, formula struktur sikloheksena yang
mempunyai ikatan kovalen ganda dua antara dua atom karbon memberi kelebihan kepada alkena
ini. Ianya juga dipanggil sebagai hidrokarbon tidak tepu. Kedua-dua hidrokarbon ini boleh
dibezakan dengan ujian-ujian yang telah dilaksanakan di dalam amali ini. Oleh kerana kehadiran
ikatan kovalen ganda dua yang ada pada sikloheksena ini, kita dapat lihat kesannya di dalam
jadual pemerhatian. Jelaga yang dihasilkan adalah lebih banyak, warna bromin dinyahwarnakan
dan warna ungu larutan kalium manganate (VII) berasid dinyahwarnakan juga. Hal ini adalah
contoh kesan kehadiran ikatan kovalen ganda dua dalam formula struktur sikloheksena
berbanding formula struktur sikloheksana.
PERBINCANGAN :
1) Sikloheksana
Berdasarkan jadual pemerhatian, didapati bahawa ujian pembakaran terhadap sikloheksana
adalah terbakar dengan nyalaan kuning kurang berjelaga manakala ujian pembakaran terhadap
sikloheksena adalah terbakar dengan nyalaan kuning lebih berjelaga. Hal ini berlaku kerana
peratus karbon mengikut jisim dalam alkana adalah lebih rendah berbanding peratus karbon
mengikut jisim dalam alkena. Selain itu, ujian kedua yang dilakukan terhadap sikloheksana
adalah ujian air bromin. Ujian tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap air
bromin dan ianya kekal perang. Ujian tindak balas terakhir iaitu ujian tindak balas dengan larutan
kalium manganate (VII) berasid. Berdasarkan jadual data, ujian tindak balas dengan KMnO4
berasid menunjukkan bahawa warna larutan kekal ungu. Sikloheksana tidak menunjukkan
sebarang perubahan tindak balas terhadap ujian tindak balas dengan air bromin dan ujian tindak
balas dengan KMnO4 berasid. Hal ini adalah kerana faktor formula struktur alkana yang tidak
mempunyai ikatan kovalen ganda dua dan ianya juga dikenali sebagai hidrokarbon tepu. Oleh
sebab itu, ianya sukar untuk mengalami tindak balas antara air bromin dan larutan kalium
manganate (VII) berasid.
2) Sikloheksena
Berdasarkan jadual pemerhatian data, ujian pembakaran yang dilakukan terhadap sikloheksena
menunjukkan ianya terbakar dengan nyalaan kuning dan menghasilkan lebih jelaga berbanding