Page 5 - AMALI 1-kimia (ebook)_Neat
P. 5
iv. Pemerhatian dicatatkan ke dalam sebuah jadual.
b) Tindak balas dengan air bromin
i. Tiga tabung uji yang bersih dan kering dilabelkan sebagai A, B dan C.
ii. 1ml sikloheksana, 1ml sikloheksena dan 1ml metilbenzena dimasukkan ke dalam
tabung uji A, B dan C masing-masing.
iii. 1ml air bromin ditambahkan ke dalam setiap tabung uji dan digoncangkan.
iv. Pemerhatian dicatatkan ke dalam sebuah jadual.
c) Tindak balas dengan KMnO4 berasid
i. Tiga tabung uji yang bersih dan kering dilabelkan dengan D, E dan F.
ii. 10 titis sikloheksana, 10 titis sikloheksena dan 10 titis metilbenzena dimasukkan
ke dalam tabung uji D, E dan F masing-masing.
iii. 1ml KMnO4 berasid ditambahkan ke dalam setiap tabung uji dan digoncangkan.
iv. Tabung uji F dipanaskan dalam kukus air pada suhu 70’ C sehingga 80’ C selama
10-15 minit.
v. Pemerhatian dicatatkan dalam sebuah jadual.
PENGUMPULAN DATA / PEMERHATIAN :
Jenis Ujian Pemerhatian
Sikloheksana Sikloheksena Metilbenzena
a) Ujian Terbakar dengan Terbakar dengan Tidak dijalankan
Pembakaran nyalaan kuning nyalaan kuning lebih kerana sifat
kurang berjelaga. berjelaga. karsinogeniknya.
b) Ujian Tindak Warna bromin kekal Warna perang air Warna bromin kekal
Balas dengan perang bromin perang
Air Bromin dinyahwarnakan
c) Ujian Tindak Warna larutan kekal Warna ungu larutan Warna ungu larutan
Balas dengan ungu dinyahwarnakan dinyahwarnakan
KMnO4
Berasid