Page 4 - 2019 KAJIAN jasem
P. 4

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1
                   2


                   Tajuk: KAEDAH JASEM
                   Meningkatkan Kemahiran
                   MENJAWAB SOALAN MENGIKUT SKEMA
                   Guru pengkaji :

                   AHMADAN BIN GHAZALI - Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan
                   Matang,34750 Matang,Perak.( 2005 - sekarang )
                   Latar Belakang Kajian:

                   SMK  Matang  merupakan  sebuah  sekolah  yang  terletak  9  km  ke  timur  bandaraya  bersejarah
                   Taiping,Perak dan  terletak  5.5 km ke  barat  Kuala  Sepetang  yang  dahulunya  dikenali  sebagai
                   Port Weld.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri
                   daripada  anak-anak  nelayan,buruh  kasar,kakitangan  kerajaan,peneroka  FELDA,petani  dan
                   peniaga  iaitu  dari  kumpulan  sederhana  dan  miskin.Oleh  kerana  prestasi  pelajar  adalah

                   sederhana maka pelajar kurang daya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
                                 Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam
                   kehidupan  harian.Bilangan  pelajar  sekolah    ini  berjumlah  955  orang  yang  terdiri  dari  pelajar

                   Melayu,Cina dan India.Pelajar Islam di sekolah ini seramai 378 orang.Pencapaian baik dalam
                   mata  pelajaran  ini  akan  memudahkan  laluan  ke  menara  gading  dan  seterusnya  menjana
                   sahsiah  terpuji  d  alam  pekerjaan  nanti.Walau  bagaimanapun  tidak  begitu  ramai  pelajar  SMK
                   Matang  mencapai  keputusan  cemerlang  (A)  bagi  mata  pelajaran  ini  dalam  peperiksaan  PMR

                   dan  SPM.ini  disebabkan  oleh  kelemahan  pelajar  terutamanya  dalam  menjawab  soalan
                   berbentuk proses aplikasi menjawikan perkataan rumi,hasilnya dari 26 pelajar hanya 3 pelajar
                   sahaja  yang  dapat  menjawab  dengan  tepat  dan  8  pelajar  menjawab  secara  sederhana
                   manakala bakinya tidak dapat menjawab langsung.

                                 Pelajar yang sederhana dan lemah dalam Pendidikan Islam mempunyai sejarah latar
                   belakang yang berbeza ianya dapat dikesan hasil dari pembelajaran amali solat .Pelajar yang
                   mahir dalam mata pelajaran ini sebahagiannya boleh dikategorikan sebagai pelajar pintar dari
                   segi akademik dan sahsiah terpuji,atas dasar ini satu kajian dari skop yang kecil dilaksanakan

                   bagi meningkatkan penguasaan jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9