Page 6 - 2019 KAJIAN jasem
P. 6

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1
                   perkara-perkara tersebut.Dalam mengenal pasti kes tersebut seramai 15 pelajar perlu bimbingan

                   dalam mengenal,berfikir dan mencuba dalam kaedah JASEM atau RE Seat.
                   3.0 Objektif Kajian
                   Murid yang menjalani ujian ini akan mendapat ilmu dan amal

                   Murid akan berusaha menjawab seperti rakan yang cemerlang
                   3.1 Objektif Am
                   Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu pelajar mengenal,erti ujian dan
                   markah tertinggi menentukan tahap ilmu mereka..

                   3.2 Objektif Khusus
                   3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang asas dalam bacaan dan tulisan
                   JASEM.
                   3.2.2. Membantu murid mengenal pasti huruf agar dapat  membaca dan menulis.

                   3.2.3. Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan pelajar yang kreatif.
                   3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
                   4.0 Kumpulan Sasaran
                   Seramai lima belas orang pelajar Tingkatan 4, sembilan orang pelajar lelaki dan enam orang

                   pelajar perempuan.
                   5.0 Pelaksanaan Tindakan
                   5.1 Tinjauan Masalah

                   Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti
                   masalah,iaitu dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik ,Ujian Pra 1,2.
                   5

                   5.1.1 Pemerhatian
                   Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati

                   kaedah kefahaman,pengetahuan dan penulisan menjadi masalah kepada pelajar yang  lemah.
                   Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan terbatas,malah ada yang terlibat dengan kes
                   disiplin sekolah seperti ponteng dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
                   5.1.2 Soal selidik

                   Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar sasaran.Pelajar membuat pilihan mengapa mereka
                   tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan
                   5.1.3 Ujian Pra

                   Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan kepada pelajar. Setelah dua kali
                   latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lima belas orang pelajar sasaran ini menggunakan set
                   soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab hampir kesemua soalan,dan masih ada yang
                   tidak menulis langsung.

                   Skema rakan yang cemerlang akan diambil dan murid menulis dengan lengkap.
                   5.2 Analisis Tinjauan Masalah
                   5.2.1 Analisis Pemerhatian
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10