Page 14 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 14

ULASAN BERDASARKAN

                             ARTIKEL






               Artikel  membincangkan  cara  amalan  gaya  hidup  sihat  yang  perlu  diamalkan
               dalam kalangan masyarakat di Negara ini.




               Antara  cara  amalan  gaya  hidup  sihat  adalah  pertama,  amalan  pemakanan
               ‘jantung sihat’. Sebagai contoh menghadkan pengambilan makanan bminyak
               dan gula yang tinggi untuk mengawal paras kolestrol dan glukosa dalam darah

               seterusnya  supaya  mengekalkan  berat  badan  dan  mengurangkan  risiko  sakit
               jantung.  Seterusnya,  kekal  aktif  dengan  senaman.  Hal  ini  demikian  kerana,
               senaman dapat membantu menguatkan otot jantung supaya kesihatan dalaman

               lebih terjamin. Akhir sekali, ketahui status kolestrol adalah aspek penting dalam
               pemeriksaan kesihatan  supaya dapat memastikan tahap kesihatan  yang baik
               dikekalkan.




               Kesimpulannya, kenyataan yang dipetik dari akhbar ini perlu menjadi kesedaran
               kepada  masyarakat  pentingnya  amalan  gaya  hidup  sihat.  Dengan  cara  ini,
               kesihatan tubuh badan individu, keluarga dan masyarakat di Negara terjamin.
   9   10   11   12   13   14   15