Page 11 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 11

Artikel daripada Harian Metro




                       • Amalan pemakanan 'jantung sihat'

                       • Kekal aktif dengan senaman

                       • Kekalkan berat badan sihat

                       • Ketahui status kolestrol





               JANTUNG menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin
               tidak seimbang dan kurang sihat, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan gaya

               hidup kurang aktif.

               Menurut kajian Jabatan Statistik Malaysia mengenai statistik punca kematian
               2018,  penyakit  jantung  iskemik  kekal  punca  utama  kematian  di  Malaysia

               sepanjang 13 tahun kebelakangan ini.

               Faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini ialah kolesterol tinggi, selain
               faktor penyakit tidak berjangkit yang berkaitan seperti kencing manis, tekanan

               darah tinggi dan obesiti.

               Realitinya,  satu  daripada  dua  rakyat  dewasa  Malaysia  mengalami  masalah
               kolesterol  tinggi.  Namun,  lebih  membimbangkan,  hampir  40  peratus
               daripadanya tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi.


               Kementerian  Kesihatan  Malaysia,  baru-baru  ini,  menegaskan  sikap  acuh  tak
               acuh ini adalah punca utama peningkatan kes penyakit jantung dan menyeru
               rakyat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.


               Oleh itu, tiba masa menjadi titik permulaan perubahan sikap ke arah gaya hidup
               sihat  dan  aktif  untuk  mengawal  tahap  kolesterol  supaya  kesihatan  jantung
               terpelihara.

               Umpama perjalanan seribu batu yang bermula dengan langkah pertama, begitu

               juga perjalanan ke arah jantung lebih sihat yang bermula dengan perubahan
               kecil, namun meninggalkan kesan positif.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15