Page 7 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 7

Artikel daripada Berita Harian




                       • Tabiat pengambilan makanan tidak sihat


                       • Merokok

                       • Kekurangan kegiatan fizikal









               WARGA  setempat  termasuk  masyarakat  Melayu  telah  memberi  respons
               menggalakkan kepada pelbagai usaha yang diperkenal bagi membantu mereka

               mengamalkan gaya hidup lebih sihat, sama ada menerusi pemakanan mahupun
               dalam meningkatkan kecergasan.

               Namun, lebih banyak yang perlu dilakukan, terutama bagi masyarakat Melayu,

               dan  ini  memerlukan  peralihan  minda  supaya  gaya  hidup  sihat  dapat
               dibudayakan  dalam  masyarakat,  kata  Setiausaha  Parlimen  Kanan  (Kesihatan
               merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.


               Dalam  wawancara  eksklusif  dengan  Berita  Harian  (BH),  Encik  Amrin  berkata
               meskipun  kesedaran  tentang  masalah  kesihatan  kian  disambut  baik,  kadar
               mereka yang dibelenggu masalah masih membimbangkan.

               Justeru, penyakit kencing manis kekal menjadi kebimbangan kesihatan serius di

               Singapura.  Dalam  kalangan  masyarakat  Melayu  sahaja,  satu  daripada  enam
               orang berusia 18 tahun hingga 69 tahun menghidap kencing manis, menurut
               Tinjauan  Kesihatan  Nasional  2010.  Ini  jauh  lebih  tinggi  berbanding  purata

               kebangsaan iaitu hampir satu dalam sembilan penduduk Singapura menghidap
               penyakit tersebut.

               Selain kencing manis, bilangan penduduk Melayu yang menghidap penyakit lain
               seperti  kadar  kolestrol  dan  tekanan  darah  tinggi,  yang  kekal  lebih  tinggi

               berbanding purata kebangsaan, terus menjadi keprihatinan, kata Encik Amrin.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12